Gymkhana 2022: Wagon Subaru GL 862 hp 'terbang' atas jambatan tak siap

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang anda semua maklum, siri aksi Gymkhana kini tidak lagi menampilkan Ken Block sebagai watak utama.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Susuk tubuh yang telah bersama dengan Ford sejak 12 tahun yang lalu itu telah digantikan dengan Travis Pastrana yang menjalinkan kerjasama dengan Subaru.

Video terbaharu Gymkhana 2022 telah pun dimuatnaik di laman media sosial Hoonigan beberapa jam yang lalu, di mana ia padat dengan pelbagai aksi lasak termasuklah adegan Subaru GL 862 hp melompat atas pembahagi jalan, drift di bawah bigfoot serta sesi lumba drag dengan sebuah Chevrolet El Camino 3000 hp.
 

Gymkhana


Terdapat juga babak di mana Subaru GL itu dipandu mencapai had kelajuan 266 km/j seiring dengan sebuah jet pejuang di atas jambatan, sebelum beliau melakukan aksi 'terbang' di atas dua buah jambatan.

Sayang sekali, Travis dilapor mengalami kecederaan sewaktu melakukan proses penggambaran Gymkhana 2022.

Bukan berpunca daripada aksi pemanduan lasak yang dibuat, akan tetapi semasa melakukan aksi payung terjun di mana Travis melakukan kesilapan semasa mendarat, menyebabkan tulang pinggulnya retak.

Video penuh Gymkhana 2022 boleh ditonton pada pautan di bawah: