Had laju 30 km/j, 50 km/j bakal diperkenal di zon terpilih Kuala Lumpur

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Free Malaysia Today
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) akan bekerjasama bagi pelaksanaan had laju 30 kilometer sejam (km/j) di zon terpilih di ibu negara dan 50 km/j bagi zon lain.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Lembaga Pengarah Miros, Datuk Suret Singh melalui Twitternya, hari ini.

"Kami juga berbincang berhubung perkongsian data kamera litar tertutup (CCTV) mengenai kesalahan trafik," katanya.

Semalam, Suret dan Ketua Pengarah Miros, Datuk Dr Khairil Anwar Abu Kassim mengadakan kunjungan hormat kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah di pejabatnya, di sini.

Sebelum ini, media melaporkan, Miros mencadangkan had laju standard 30 km/j untuk kawasan bandar, desa dan kediaman, sebagai sebahagian daripada Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2021-2030.

Khairil Anwar berkata, institusi itu akan membabitkan pihak berkepentingan termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pihak berkuasa tempatan, polis dan pihak berkuasa lain yang berkaitan.

Katanya, had laju itu akan membolehkan orang ramai menguruskan keselamatan dengan lalu lintas jalan raya, selain mewujudkan kawasan yang selamat, sihat, hijau dan sesuai didiami.

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaharu, Ford dilapor sedang menguji teknologi geolokasi (geofencing) yang mampu mengurangkan…