Had laju beberapa jalan dalam tapak warisan Geoge Town dikurangkan kepada 40km/j

oleh Penyumbang Rencana|
Kebanyakan jalan di tapak warisan sempit selain kenderaan sering dipandu laju terutamanya motosikal dan ia membahayakan orang awam. - www.mypenang.gov.my
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mewartakan pengurangan had laju kenderaan di sebahagian jalan dalam Tapak Warisan Dunia George Town daripada 50 kepada 40 kilometer sejam (km/j), berkuat kuasa hari ini (Rabu, 27 Mac 2024).

Ahli Majlis MBPP Edward Tan Chiew Chun berkata ia berikutan kebanyakan jalan di tapak warisan sempit selain kenderaan sering dipandu laju terutamanya motosikal dan ia membahayakan orang awam khususnya pejalan kaki, penunggang basikal serta pengguna beca.

 

"Jalan diwartakan adalah jalan-jalan dalaman yang terlibat iaitu jalan dilingkungi oleh Jalan Dr Lim Chwee Leong, Gat Jalan Prangin, Pengkalan Weld, Pesara King Edward, Lebuh Light, Lebuh Farquhar, Jalan Sultan Ahmad Shah dan Jalan Penang.

"Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, Jalan Padang Kota Lama, Lebuh Duke, Jalan Green Hall, Gat Lebuh Leith, Lebuhraya Merdeka, Jalan Merdeka, Lintang Merdeka serta Pintasan Pengkalan 1, Pintasan Pengkalan 2, Pintasan Pengkalan 3 dan Pengkalan 4," katanya pada sidang media pada Rabu.

Bagaimanapun, beliau berkata had laju bagi jalan-jalan utama seperti Jalan Dr Lim Chwee Leong, Gat Jalan Prangin, Pengkalan Weld, Pesara King Edward, Lebuh Light, Lebuh Farquhar, Jalan Sultan Ahmad Shah dan Jalan Penang masih dikekalkan pada 50km/j.

Mengikut kajian di bandar-bandar lain, beliau berkata pengurangan had laju kenderaan akan mengurangkan kemalangan, meningkatkan tahap kebolehhidupan dalam kawasan warisan, meningkatkan keselamatan pejalan kaki, mewujudkan persekitaran hijau dan mengurangkan pencemaran alam.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Percubaan itu akan dijalankan di lebuh raya D3, melibatkan laluan sepanjang kira-kira 50 kilometer…
Berita Domestik
Katanya, langkah itu diambil untuk mewujudkan zon sekolah yang selamat kerana ia mempunyai sejarah…
Berita Domestik
Menurutnya, antara lokasi tumpuan perangkap had laju ialah di Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK…