Had laju Jalan Persekutuan diturunkan kepada 80 km/j bermula 8-13 Februari

oleh Mohamad Hanif|
Kementerian Kerja Raya dalam satu kenyataan mewartakan penurunan kadar had laju di semua Jalan Persekutuan daripada 90 km/j kepada 80 km/j.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pewartaan penurunan kadar had laju itu berkuatkuasa sepanjang tempoh Ops Bersepadu bermula 8 Februari 2024 hingga 13 Februari 2024.

Menurut KKR, ini merupakan antara langkah-langkah keselamatan dan pemantauan yang diambil oleh Kerajaan bagi mengurangkan risiko kemalangan yang kerap berlaku semasa musim perayaan.

Selain itu, kerja-kerja pembinaan jalan dan penyenggaraan jalan yang tidak kritikal akan dihentikan supaya tidak mengganggu aliran trafik, kecuali kerja-kerja kecemasan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, syarikat ini mengambil langkah proaktif dalam usahanya membantu pengguna…