Had laju jalan Persekutuan, negeri diturunkan

oleh Mohamad Hanif|
Had laju di jalan Persekutuan dan jalan negeri akan diturunkan, masing-masing daripada 90 kilometer sejam (km/jam) kepada 80 km/jam, dan daripada 80 km/jam kepada 70 km/jam bermula 8 Jun depan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penurunan had laju itu dilakukan susulan Kempen Keselamatan Jalan Raya (KKR) Peringkat Kebangsaan sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri kali ini.

KKR menerusi satu kenyataan hari ini, memaklumkan penurunan had laju itu akan dikuat kuasakan bermula 8 Jun ini sehingga 22 Jun hadapan dan akan dipantau menerusi Operasi Bersepadu (Ops Bersepadu) oleh kementerian itu.

 

 

"Kita akan mengeluarkan arahan kepada Cawangan Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menukar papan tanda had laju di dua jenis jalan berkenaan.

"Ini bagi mengelak berlaku kekeliruan dikalangan pengguna jalan raya yang bakal menggunakan jalan persekutuan dan jalan negeri pada musim perayaan nanti," kata kenyataan itu.

Sumber: Berita Harian