Had usia kenderaan di institut memandu dilanjut 10 tahun

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Had usia kenderaan yang digunakan di institut memandu akan dilanjutkan kepada 10 tahun berbanding tujuh tahun sebelum ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, dasar baharu itu bagi membantu kos pengoperasian institut memandu yang terjejas sebelum ini akibat Covid-19.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Kementerian mengambil sedikit pertimbangan untuk memberi kelonggaran tersebut.

"Kalau kita 'rigid' dan tidak tukar apa-apa peraturan itu maka kebanyakan kenderaan yang masuk ke tahun ketujuh susah tidak boleh dipakai, sudah menambah beban pengusaha dan ia tidak adil,” katanya menerusi ucapan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-3 Persatuan Pengusaha Institut Memandu (PIM) pada Isnin.

Selain itu, beliau turut mengumumkan pengecualian pemeriksaan berkala bagi kenderaan baharu di bawah institut memandu selama dua tahun.

"Untuk tahun seterusnya hingga tahun ke-10, pemeriksaan berkala yang diwajibkan adalah setahun sekali berbanding dua kali setahun," jelasnya.

Dalam pada itu, Anthony berkata, inisiatif tersebut bagi meningkatkan produktiviti aset institut memandu tanpa berkompromi terhadap isu keselamatan.

"Saya mengambil satu pendekatan di mana dari segi dasar kita longgarkan tetapi meletakkan tanggungjawab itu kepada pihak industri," katanya.

Tegas beliau, sekiranya didapati kenderaan institut memandu tidak diselenggara dengan baik sehingga melibatkan kemalangan, maka pihak kementerian tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha institut memandu terbabit.

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Katanya, mana-mana kenderaan perkhidmatan awam yang mencapai had usia maksima penggunaan…