Hadiah Hari Ibu dari Bosch AA Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan Hari Ibu yang bakal menjelang tidak lama lagi, Bosch Automotive Aftermarket Malaysia (Bosch AA) memperkenalkan pakej Hadiah Hari Ibu berupa hadiah penyelenggaraan kereta yang boleh dilakukan sendiri (DIY) untuk tahun ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024


Biarpun kita sendiri tidak dapat bersama dengan ibu tersayang, akan tetapi pakej ini bakal menjadi satu pemberian yang bermakna tanda kasih sayang kita sebagai seorang anak yang baik.

Antara hadiah yang boleh diberikan kepada ibu anda termasuklah:

Penglihatan yang jelas di atas jalan raya
 


Pengelap cermin merupakan salah satu faktor keselamatan yang cukup penting, terutama ketika musim hujan yang melanda pada ketika ini.

Bosch menyarankan produk pengilap cermin Bosch Aerotwin, di mana penukarannya boleh dilakukan sendiri di rumah dengan berpandukan video pemasangan yang boleh didapati dalam talian.

Selain itu, pemeriksaan juga perlu kerap dilakukan terutama apabila beberapa petanda wujud seperti bunyi bergeser, jaluran air, serta seksyen cermin yang tidak dilap dengan baik. Pendedahan terhadap sinaran matahari yang berterusan juga boleh memberikan kesan kepada jangka hayat pengilap cermin. 

 

Udara yang bersih untuk ruang kabin


Ruang kabin juga memerlukan bekalan udara yang bersih, dan untuk itu kereta memerlukan penapis udara kabin yang boleh bertindak sebagai lapisan pertahanan pertama bagi mengurangkan kesan terhadap pencemaran udara, bakteria dan virus.

Penapis udara kabin perlu diganti setiap tahun atau 15,000 km (yang mana terdahulu) atau sekiranya ia mempunyai petanda seperti bau hangit, habuk, dan suhu pendingin hawa yang tidak lagi sejuk seperti dahulu.

Bosch AA menyarankan penggunaan produk Aeristo Premium yang mempunyai ciri anti-virus, anti-bakteria, anti-allergen dan anti-kulat.

 

Perjalanan yang lebih lancar


Untuk memastikan perjalanan yang lebih lancar, kereta memerlukan minyak pelincir yang berkualiti seperti Bosch Premium X7 5W40 Fully Synthetic, serta pengecas bateri Bosch C7 untuk memastikan tahap kesihatan bateri kekal di tahap optimum.

Selain daripada itu, pemeriksaan berkala terhadap kebersihan dan keadaan bateri mampu menjamin jangka hayat yang lebih lama, serta mengelakkan insiden yang tidak diingini, seperti bateri meletup.

Pemberian hadiah Hari Ibu ini merupakan sebahagian daripada kempen "Drive for Life" bertujuan untuk memastikan kereta yang selamat, serta jalan raya yang lebih selamat menerusi peningkatan kesedaran terhadap penggunaan alat ganti kenderaan yang berkualiti, serta penyelenggaraan berkala.

Senarai barangan yang berkualiti ini boleh didapati menerusi platform dalam talian Shopee atau Lazada.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, tiga guru muda itu menempuh perjalanan sejauh 60 kilometer (km) mengharungi laluan…
Berita Domestik
“Saya akan gunakan skuter ini dengan sebaiknya dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Modenas…
Informasi
"Dah capai 10,000 (perkongsian) dalam tiga jam. Terima kasih semua, saya sudah capai KPI (petunjuk…