Hadiah untuk pembeli tiket TAS 2020 - Nissan GT-R NISMO GT500 dari Tomica!

oleh Mohamad Hanif|
Tinggal beberapa hari sahaja lagi acara Tokyo Auto Salon 2020 bakal berlangsung dan bagi mereka yang sudah pun menempah tiket kemasukan lebih awal, ada hadiah menarik menanti anda!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hadiah tersebut berupa model berskala yang diproduksikan oleh Tomica, iaitu sebuah model replika jentera lumba Nissan GT-R Nismo GT500.
 


Dalam dunia perlumbaan sebenar, NISMO membangunkan Nissan GT-R NISMO GT500 ini berdasarkan Nissan GT-R NISMO untuk bersiap sedia bertempur di dalam Super GT 2020. 

Nissan GT-R NISMO GT500 ini akan bertanding mengikut regulasi teknikal Class 1 yang akan diimplementasi di dalam Super GT dan siri DTM (Deutsche Tourenwagen Masters). 
 


Spesifikasi pula masih belum diketahui, namun jentera lumba ini dikatakan akan menggunakan enjin empat silinder sebaris berkuasa turbo 2.0 liter dan bukannya enjin asal bentangan V6. 

Berbalik semula kepada model skala itu tadi, harga jualan tiket termasuk dengan hadiah tersebut adalah bernilai 4,000 yen (RM151) untuk tarikh 10 Januari, 3000 yen (RM113.25) untuk 11 dan 12 Januari. 
 


Manakala harga tiket kemasukan tanpa model GT-R tersebut adalah ditetapkan sebanyak 3,000 yen (RM113.25) untuk hari Jumaat dan 2000 yen (RM75) untuk dua hari selebihnya.

Anda boleh mencuba nasib untuk membeli tiket menerusi pautan di bawah:

Yahoo Ticket

Berita Berkenaan

Berita Global
Hot hatch ini diperlihatkan secara rasmi bersempena dengan Tokyo Auto Salon 2020 yang bermula pada…
Berita Global
Selain daripada projek Nissan GT-R Convertible dan Toyota GT86 Sedan yang kami siarkan sebelum ini…
Berita Global
Selain daripada kehadiran model-model konsep dan kustom yang dibawakan oleh syarikat-syarikat besar…