Hafizh Syahrin beri bayangan karier berakhir musim ini

oleh Mohamad Hanif|
Ini mungkin satu perkara yang mengejutkan datangnya dari pelumba Moto2, Hafizh Syahrin.

Menurut laporan daripada rakan media MotoMalaya, pelumba tersebut berkongsi bayangan penghujung kariernya setelah musim perlumbaan tahun ini berakhir semalam menerusi laman media sosial Instagram.

Dalam hantaran tersebut, Hafizh mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan sepanjang tempoh lapan tahun berlumba di Kejuaraan Dunia.

Tinggal tiga lagi baki pusingan untuk musim 2021, namun status Hafizh bersama pasukannya kini menjadi tanda tanya memandangkan tiada pengesahan kontraknya akan disambung ataupun tidak.

Pusingan MotoGP untuk musim 2022 pula bakal menyaksikan ketiadaan penyertaan pasukan Petronas Sprinta Racing untuk kelas perlumbaan Moto2 dan Moto3, memandangkan pasukan baharu SRT (RNF Racing) mahu menumpukan perhatian pada kelas MotoGP sahaja.

Sama-sama kita nantikan perkembangan terbaharu serta pengumuman rasmi berkenaan status Hafizh.

Sumber: MotoMalaya

Berita Berkenaan

Berita Global
Suzuki sekali lagi memberikan berita sedih untuk peminat motosikal apabila mereka secara rasminya…
Berita Domestik
Menurut sumber, pihak Kawasaki di bawah kendalian Edaran Modenas (EMOS) bakal mempamerkan model…
Berita Domestik
Pelbagai aktiviti yang akan dianjurkan dalam acara ini yang akan dijalankan pada pada 21 hingga 23…