Hafizh Syahrin raih kemenangan sulung di Zhuhai

oleh Penyumbang Rencana|
Foto Facebook JDT Racing Team
Pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah meraih kejuaraan sulung bersama JDT Racing Team pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024 di Litar Antarabangsa Zhuhai, di China pada Sabtu.

Pelumba berusia 29 tahun itu mengungguli perlumbaan pertama pusingan kedua kategori Asia Superbike 1000cc dengan merekodkan 20 minit 24.461 saat (s) selepas melengkapkan 13 pusingan.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Andi Farid Izdihar dari Indonesia yang mewakili Honda Asia-Dream Racing meraih tempat kedua dengan 20:25.215s diikuti Azlan Shah Kamaruzaman dari pasukan TKKR BMW Racing Team ketiga (20:27.603s).

Ini merupakan kemenangan pertama JDT Racing Team pada penampilan sullung dalam ARRC selepas Hafizh Syahrin meraih tempat kedua pusingan pertama di Litar Antarabangsa Chang, Thailand bulan lepas.

Beliau yang menggunakan jentera Ducati Panigale V4R akan meneruskan perlumbaan pusingan kedua, pada Ahad.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Tinjauan Bernama pada sesi latihan persendirian di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini…
Berita Domestik
Perkara itu disahkan menerusi hantaran di laman sosial rasmi JDT yang turut memperlihatkan Tunku…
Informasi
Razlan berkata, buat masa ini barisan pelumba negara dilihat masih belum bersedia untuk ke kelas…