Hailak dengan enjin V12 turbo berkembar dari Toyota Century - 504 hp, 970 Nm!!!

oleh Mohamad Hanif|
Sepanjang tempoh penghasilan bermula tahun 1997 hingga 2016, enjin bentangan V12 (kod nama 1GZ-FE) hanya dikhususkan untuk kegunaan sedan bersaiz penuh Toyota Century.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Namun, salah satu daripada enjin 5.0 liter itu didapati sudah pun mendarat di Afrika Selatan dimana pihak Fatboy Fab Works berjaya memuatkan enjin Toyota Century golongan sultan tersebut ke dalam perut saudara kuda kerjanya, Toyota Hilux!

Enjin tersebut tidak dibiarkan dalam keadaan standard, sebaliknya telah dimuatkan dengan sepasang pengecas turbo Garrett GT35.
 

V12


Daripada kuasa asal berjumlah 276 ekor kuda dan 481 Nm, enjin V12 turbo berkembar itu kini berupaya menghamburkan kuasa setinggi 504 kuasa kuda dan daya kilas 970 Nm seperti yang dikira menerusi proses dyno.

Lebih menarik, kotak gear asal automatik empat kelajuan masih lagi dikekalkan, namun sedikit modifikasi dibuat di mana pihak bengkel tersebut menggunakan komponen propshaft custom, sementara sistem brek asal pula sedang menunggu masa untuk dinaiktaraf.

Menurut Fatboy Fab Works, idea untuk menghasilkan trak super ini datangnya daripada acara Simola Hillclimb yang berlangsung pada awal bulan ini, dan mereka kini sedang mencari pemilik baharu yang berani untuk membawa pulang Hilux V12 ini.

 

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Hadir sebagai generasi keenam, Triton 2024 tampil serba baharu dengan peningkatan keseluruhan aspek…
Pelancaran
Hadir sebagai generasi keenam, Mitsubishi Triton 2024 kini hadir sebagai salah satu trak pikap…
Telah Diuji
Bermula dari varian paling asas untuk kerja-kerja berat iaitu XL Single Cab, hinggalah varian…