Hakisan tanah, Jalan Balik Pulau-Teluk Bahang ditutup sepenuhnya

oleh Mohamad Hanif|
Sebahagian jalan FT006 (Jalan Balik Pulau-Teluk Bahang) telah ditutup sepenuhnya bermula 14 Julai sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia adalah berikutan berlakunya hakisan tanah serta kegagalan cerun di kawasan tersebut yang disebabkan oleh hakisan tanah berpunca daripada taburan air hujan tinggi sejak beberapa hari lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan Pulau Pinang Zairil Khir Johari berkata pihak JKR telah mengambil langkah-langkah segera  iaitu meliputi kerja pemasangan kanvas, pemasangan peralatan pengurusan trafik dan pengumpulan data.

Notis penutupan telah dikeluarkan oleh JKR susulan kegagalan cerun berlaku kali kedua pada 10 Julai.

Jelasnya lagi, kerja pembinaan akan terus dilaksanakan di tapak sejurus data dan reka bentuk siap, di mana tempoh pembaikan dianggarkan selama tiga hingga empat bulan.

Pengguna dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif sama ada melalui Jalan Tun Sardon ke Balik Pulau atau Jalan Teluk Kumbar ke Jalan Balik Pulau.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
Penutupan itu dilakukan pada 29 dan 30 April (Isnin dan Selasa) serta 2 dan 3 Mei (Khamis dan…
Berita Domestik
  Penutupan itu akan dilaksanakan bermula jam 5.00 petang, 3 Februari 2024 sehingga 2.00 pagi, 4…
Berita Domestik
Menurutnya, kerajaan negeri perlu mempertimbangkan semula dan segera mengkaji pelaksanaan penutupan…