Halang lalu lintas di sekitar Jalan Petaling, 55 saman dikeluarkan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari JSPT KL
Menghalang jalan raya atau lalu lintas sememangnya menjadi satu kesalahan. Tetapi masih ramai yang mengambil mudah dan 'kedekut' untuk membayar parkir.


Berdasarkan sikap negatif tersebut yang menyusahkan pengguna jalan raya yang lain, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT) bertindak cemerlang dengan mengadakan program High Profile Policing (HPP).


Konsep progam HPP ini adalah kehadiran polis yang melibatkan Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis JSPT Kuala Lumpur turun padang dan bersemuka dengan masyarakat serta melaksanakan advokasi bagi tujuan mendidik pengguna – pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan – peraturan lalulintas di sekitar Jalan Petaling.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Program ini dilaksanakan berdasarkan dari cetusan idea Sarifudin Bin Mohd Salleh, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur yang dilihat sebagai salah satu usaha positif dan akan diteruskan dari masa ke semasa.

 

Sebanyak  55 saman telah dikeluarkan  kepada pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan halangan dalam Op Halangan yang dijalankan sekitar Jalan Petaling pada Rabu.

 

Operasi ini akan dilakukan setiap hari, terutamanya pada waktu puncak bagi memastikan tiada halangan dilakukan yang menyebabkan  kesesakan lalulintas.

 

Pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dengan tidak meletak kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya sehingga menghalang lalulintas. Pihak JSPT KL tidak akan berkompromi dengan sikap pemandu yang mengabaikan peraturan jalan raya.

 

JSPT

Berita Berkenaan

Informasi
  Gambar kereta jenis Proton Saga itu tular di Twitter selepas diparkir secara berlapis hingga…
Berita Domestik
  DBKL dalam satu kenyataan turut memaklumkan sembilan motosikal berkenaan telah dialihkan ke…
Informasi
  Tinjauan Kosmo! di laman sosial mendapati pembukaan lebuh raya tersebut sejak semalam menerima…