Halang laluan di Stesen LRT Bangsar, DBKL 'angkut' enam kereta dan lapan motosikal!

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari DBKL
Sebanyak lapan motosikal dan enam kereta diangkut pihak penguat kuasa selepas kenderaan tersebut diletakkan di tempat larangan sekitar Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar, Jalan Bangsar, di Kuala Lumpur, tengahari Khamis.


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam hantaran di Facebook berkata, kenderaan tersebut diangkut kerana menghalang laluan pejalan kaki, laluan Orang Kelainan Upaya (OKU) serta ingkar papan tanda larangan pakir kenderaan.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Jelas kenyataan itu, pihaknya menerusi Warden Trafik Jabatan Penguatkuasaan melaksanakan Tindakan Khas Angkut dan Tunda Kenderaan di lokasi terbabit ekoran maklumat serta aduan orang awam.

 

“Sejumlah lapan motosikal dan enam kereta dialihkan ke Depoh Simpanan Tunda Kenderaan DBKL, Jalan Pahang untuk tindakan lanjut termasuk pengeluaran notis kompaun dan penyimpanan sementara.

 

“Kami turut mengeluarkan 44 notis kompaun pelbagai kesalahan lalu lintas lain sepanjang operasi tersebut dijalankan.

 

“Kesemua tindakan dilakukan menerusi kesalahan dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959,” katanya dalam hantaran di Facebook, pada Khamis.

 

 

dbkl

 

 

DBKL

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Program KL Pagi Bebas Kenderaan yang diadakan di Dataran DBKL, menyaksikan kehadiran seramai 2,000…
Berita Domestik
Menurutnya, operasi dijalankan sekitar Jalan Tun Sambathan, Jalan Sri Hartamas, Jalan Beremi, Jalan…
Informasi
."Berkenaan aduan yang tular menerusi media sosial dan media elektronik berkenaan ulat parkir…