Hamburg mula memasang papan tanda larangan bagi kereta berkuasa diesel

oleh Mohamad Hanif|
Bandar Hamburg, Jerman kini sudah memulakan usaha melarang kemasukan kereta-kereta berkuasa diesel dengan meletakkan papan tanda larangan di jalan-jalan utama bandar tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Operasi pemasangan tersebut dilakukan selepas mahkamah mengeluarkan arahan pada bulan Februari membenarkan bandar-bandar besar menguatkuasakan larangan tersebut. 
 


Menurut pihak berkuasa alam sekitar di Hamburg, lebih 100 papan tanda larangan kemasukan dan arah laluan alternatif bagi kenderaan tersebut telah diletakkan di dua laluan utama bandar tersebut. 

Hamburg walaubagaimanapun masih menunggu keputusan mahkamah untuk melarang kemasukan kenderaan yang gagal mematuhi perlepasan emisi Euro 6 tahun 2014 ataupun sebilangan kecil kenderaan yang gagal mematuhi standard Euro 5 tahun 2009.

Menurut jurucakap pihak berkuasa alam sekitar, Bjoern Marzahn, "kami menjangkakan larangan ini berkuatkuasa penuh menjelang Mei, oleh itu kami memerlukan kenyataan bertulis (berkenaan larangan tersebut) dikeluarkan oleh pihak berkuasa sebelum melaksanakannya."
 

Tambahnya lagi, tiada denda yang bakal dikenakan pada fasa awal perlaksanaan larangan ini bagi membolehkan pemandu membiasakan diri dengan keadaan baharu tersebut.

Larangan kemasukan kenderaan tersebut merupakan sebahagian inisiatif aktivis tempatan di dalam usaha untuk memperbaiki kualiti udara bandar tersebut di samping melancarkan bas elektrik menggantikan bas konvensional. 

Sumber: Reuters