Hampir 4,000 kereta atas Felicity Ace berstatus 'total loss' - Kumpulan VW

oleh Mohamad Hanif|
Susulan kebakaran kapal kargo Felicity Ace minggu lalu, Kumpulan Volkswagen khuatir hampir 4,000 buah kereta berstatus 'total loss' sebelum ia sempat sampai ke tangan pembeli.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Automotive News Jumaat lalu, mereka menjelaskan, "Kami bimbang kebakaran yang berlaku atas kapal itu merosakkan sebilangan besar kenderaan Kumpulan Volkswagen sehingga ke satu tahap ia tidak lagi boleh dihantar kepada pelanggan.

"Maklumat yang lebih terperinci masih lagi belum diperoleh," jelas kenyataan itu lagi.

Kapal Felicity Ace membawa kira-kira 3,965 buah kenderaan baharu berjenama Volkswagen, Porsche, Audi, Lamborghini, dan Bentley untuk pasaran Amerika Syarikat.

Kerugian dianggarkan bernilai $155 juta (RM651 juta).

Jenama di bawah naungan VW Group sudah pun mula menghubungi para pelanggan yang terjejas untuk menawarkan solusi, dan jelas VW lagi kerosakan yang dialami oleh kereta tersebut ditanggung sepenuhnya oleh perlindungan insurans.

Dalam pada itu, Lamborghini berkemungkinan besar perlu membuka semula  barisan produksi Aventador disebabkan terdapat beberapa unit terakhir model tersebut terjejas akibat kebakaran kapal itu.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, kapal dengan kapasiti 4,000 buah kenderaan itu membawa muatan kenderaan sebanyak 3,828…
Berita Domestik
Daripada jumlah tersebut, terdapat beberapa unit kenderaan daripada jenama mewah seperti Audi,…
Berita Global
Menurut pengurusan MOL Ship Management, kapal yang mengalami kebakaran tempoh hari itu kini berada…