"Hampir 45 minit ada satu kes kemalangan berlaku, 6,080 kematian sepanjang 2023"

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Sebanyak 6,080 kematian akibat kemalangan dicatatkan sepanjang tahun 2023 di seluruh negara.

Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Lokman Jamaan berkata ini bermakna kira-kira 17 hingga 18 kes kematian dicatatkan dalam sehari.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Hampir 45 minit ada satu kes kemalangan berlaku. Betapa seriusnya isu ini. Daripada jumlah tersebut, 68 hingga 70 peratus kadar kemalangan jalan raya berpunca daripada penunggang motosikal,” katanya dalam program Ruang Bicara di Bernama TV pada Selasa.

Beliau juga berkata bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, pelbagai inisiatif dilakukan pihaknya termasuk bekerjasama dengan pelbagai agensi seperti Jabatan Siasatan dan Pengurusan Trafik Polis Diraja Malaysia untuk memberi pendedahan serta didikan kepada pengguna.

Bagaimanapun, Lokman tidak menolak kemungkinan berlaku perlumbaan haram akibat tajaan pihak tertentu yang menawarkan pelbagai hadiah.

“Kemungkin terdapat syarikat permotoran yang menaja para pelumba haram ini bagi menguji kebolehan mereka dalam modifikasi enjin di jalan raya,” katanya sambil menambah sebarang pengubahsuaian atau modifikasi perlu mendapat kelulusan JPJ dan jika tidak, kenderaan mereka akan disita.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, peratusan itu diperoleh daripada 40 kes…
Berita Domestik
"Akibat pergeseran itu, motosikal yang dinaiki mereka bertiga hilang kawalan dan terbabas,…
Berita Domestik
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Anuar Ali berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur…