Han Tokyo Drift bakal bikin filem aksi sebenar Initial D?

oleh Mohamad Hanif|
20 September yang lalu, laman South China Morning Post telah menyiarkan temubual bersama pelakon popular Tokyo Drift, Sung Kang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laman berita tersebut, Sung Kang dilapor sedang membangunkan dua projek filem terbaharu, satu daripadanya berdasarkan komik Initial D yang dihasilkan oleh Shuichi Shigeno.

Sung Kang berkata, "(filem kedua) itu berkisar berkenaan kereta, aksi drift....filem bajet tinggi yang mampu menzahirkan minat saya terhadap kereta."

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by sung kang (@sungkangsta)


Hasrat itu kemudian diulang sekali lagi oleh Sung Kang menerusi siaran podcast pada 12 Oktober yang lalu.

Dalam siaran minit akhir episod 4 podcast "Car Stories", Sung Kang menjelaskan beliau cuba untuk mengarahkan filem aksi sebenar Initial D.

Sung Kang juga turut bercakap berkenaan penala lagenda Akira Nakai.
 

Akira


Untuk makluman, Akira Nakai kini sedang membantu Sung Kang untuk membina sebuah Toyota AE86 miliknya yang bakal digunakan sebagai kereta watak utama dalam filem tersebut.

Perkara tersebut sebenarnya telah pun diacah beberapa bulan yang lalu (4 Julai 2023), di mana Sung Kang memuat naik seni lukisan Project D yang ditandatangani sendiri oleh Shuichi Shigeno.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by sung kang (@sungkangsta)


Adakah itu merupakan titik permulaan kerjasama antara kedua-dua nama besar di dalam industri ini?

Sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya daripada pelakon watak Han Seoul-Oh dalam francais Fast & Furious.
 

T


Filem aksi sebenar Initial D yang pertama muncul di pawagam pada tahun 2005, membariskan Jay Chou sebagai Takumi Fujiwara, Edison Chen (Ryousuke Takahashi), Anne Suzuki (Natsuki Mogi), Anthony Wong (Bunta Fujiwara), Shawn Yue (Takeshi Nakazato)  dan Jordan Chan (Kyouchi Sudo).

Biarpun ia menampilkan kereta-kereta yang hampir menyamai spesifikasi asal animasi dan manga, filem Initial D 2005 itu menerima kritikan keras kerana tidak mengikut watak dan jalan cerita yang sebenar.
 

Race


Sumber: SCMP