Hankook bangunkan tayar boleh berubah diameter, diinspirasikan daripada seni origami!

oleh Mohamad Hanif|
Unit penyelidikan dan pembangunan Hankook bekerjasama dengan pakar biorobotik daripada Universiti Nasional Seoul dan jurutera Universiti Harvard selama hampir satu dekad untuk membangunkan tayar yang boleh berubah dimensi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Difahamkan, konsep tayar ini diinspirasikan daripada origami bom air (waterbomb) di mana ia mampu mengubah ukuran dimensi daripada 46 cm kepada 80 cm dan dalam masa yang sama masih lagi mampu menampung beban kenderaan.

 


Konsep yang sudah berfungsi ini terdiri daripada pembinaan tiga lapis yang menampilkan membran komposit yang tebal akan tetapi fleksibel, dan menyamai pembinaan origami bom air itu tadi.

Pihak pembangun menggunakan beberapa model konsep seperti sebuah robot kecil, platform demonstrasi makmal serta sebuah Jeep Wrangler sebenar bagi menunjukkan keupayaan sebenar tayar yang mampu bertukar saiz itu.

 


Namun jika dilihat kepada ujian yang dijalankan, beberapa persoalan timbul seperti adakah tayar ini mampu memberikan keselesaan yang tersendiri, memandangkan struktur tayar itu sendiri diperbuat daripada panel aluminium, dan adakah ia sesuai untuk digunakan atas jalan raya biasa, seperti Malaysia.

Mungkin ia lebih sesuai diaplikasikan untuk keadaan jalan off-road yang lebih ekstrem, atau untuk kegunaan prob angkasa lepas ketika mendarat di planet-planet asing.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tayar Hankook Ventus Prime 3 ini merupakan sebuah tayar berprestasi tinggi yang direka untuk…
Berita Domestik
Untuk yang tinggal di Lembah Kelang, jangan risau kerana Careta ada satu cadangan untuk kedai tayar…