Ini kerana berdasarkan informasi yang diperoleh daripada forum CivicXI, negara tersebut dikatakan hanya akan mendapat peruntukan sebanyak 546 unit Civic Type R.
Pengguna tersebut yang mendakwa dirinya sebagai pekerja di pengedar Honda Quebec itu turut menjelaskan kesemua 546 unit itu akan dibahagikan kepada tiga tahun jualan, iaitu 2023, 2024 dan 2025 sahaja.
Tambahan pula, tidak semua pengedar Honda berpeluang untuk menjual model panas tersebut, hanya pengedar besar yang terpilih sahaja akan dibenarkan untuk menjual Civic Type R secara rasmi.

Menurut pengguna forum itu lagi, pihak pengedarnya hanya dapat menjual tujuh unit sahaja Civic Type R untuk tempoh tiga tahun, di mana dua daripadanya dikatakan sudah pun ditempah.
Setakat ini, Honda tidak mendedahkan status Civic Type R generasi baharu itu sebagai sebuah model edisi terhad, namun terdapat kemungkinan besar melihatkan kepada pelaksanaan undang-undang emisi yang semakin ketat terutama di beberapa buah negara.
Malah di Eropah sendiri, Honda Civic Type R merupakan model berenjin pembakaran dalaman tulen terakhir yang akan dijual di benua tersebut.
Sumber: Forum CivicXI