Hanya kerana kemaskini, pemandu ini tersangkut dalam kesesakan trafik Beijing

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hanya kerana satu kemaskini on-the-air yang dijalankan, ia menyebabkan sebuah jalan raya yang sibuk di Beijing menjadi sesak teruk, menurut laporan yang dikeluarkan oleh South China Morning Post

Ketika kejadian, lelaki yang sedang memandu uji model NIO (tidak diketahui model apa) bersama-sama wakil NIO terperangkap di dalam kesesakan jalan yang teruk lebih daripada tempoh sejam, sehinggakan pasukan polis terpaksa dipanggil untuk mengawal keadaan.

Ianya berpunca daripada sistem komputer NIO yang menjalankan proses kemaskini bertindak menghentikan serta-merta kesemua operasi pemanduan kereta tersebut, malah sistem tingkap kuasa juga tidak boleh berfungsi!

NIO menerusi laman web Weibo memohon maaf atas kejadian tersebut dan berjanji akan mengoptimasikan proses kemaskini on-the-air pada masa akan datang. 
 


Menurut NIO lagi, sebelum sistem bertindak untuk menjalankan proses kemaskini, pemandu akan menerima beberapa notifikasi menjelaskan bahawa kereta seharusnya diparkir di tempat yang selamat dan ketika itu, kesemua fungsi pemanduan akan dimatikan serta merta. 

"Berdasarkan kejadian, pemandu itu cuba untuk mengemaskinikan sistem ketika sedang berada di dalam kesesakan jalan raya, seterusnya mengakibatkan keadaan menjadi lebih teruk," ujar wakil NIO itu. 

Sesiapa yang menggunakan perisian Windows pada laptop/PC pasti akan faham perasaan dua orang lelaki yang terperangkap di dalam kereta NIO tanpa mampu berbuat apa-apa. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Lamborghini, identiti logo baharu itu akan digunakan pada semua keretanya mulai sekarang…
Berita Global
Seperti yang telah dijangka, permainan yang dibangunkan oleh Polyphony Digital itu kini menyertakan…
Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…