Hap Seng Star rasmi Mercedes-Benz Autohaus berharga RM99 juta di Setia Alam

oleh SALINA JALIL|
Mercedes-Benz Malaysia dan Hap Seng Star telah melancarkan Mercedes-Benz Autohaus di Setia Alam. Hap Seng Star Setia Alam kini membawakan pengalaman berbeza kepada pelanggan dalam usaha untuk memberi keutamaan dan melayani dengan servis terbaik.


Hap Seng Group telah melaburkan sejumlah RM673 juta termasuklah RM99 juta baru-baru ini untuk membangunkan projek Setia Alam Autohaus ini. Bangunan tujuh tingkat yang berkeluasan 79,000 kaki persegi ini memiliki 29 orang kakitangan yang memegang pelbagai tanggungjawab berbeza bagi melancarkan urusan pelanggan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

hp 1

 

 

Presiden dan Ketua Pegawai Operasi serta Ketua Wilayah Asia Tenggara II, Mercedes-Benz Malaysia, Sagree Sardien berkata, pelancaran Hap Seng Star Setia Alam Autohaus adalah bukti komitmen syarikat untuk memberikan pengalaman yang terbaik kepada pelanggan Malaysia dari awal pembelian hinggalah kepada perkhidmatan selepas pembelian.

 

COO Kumpulan Hap Seng Consolidated Berhad, Harald Behrend pula menyifatkan: “Setia Alam adalah kawasan perbandarang yang pesat berkembang, dan kami ingin berada di mana pelanggan kami berada. Dengan cawangan dilokasi baru ini, kami ingin pelanggan untuk mengalami sendiri nilai kemewahan melalui penampilan kami yang terbaharu ini.

 

hp 5

 

Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk Perkhidmatan Ekspres 2.0, pengambilan dan penghantaran, tempahan servis drop-and-go, penjajaran dan pengimbangan roda, diagnosis dan pembaikan elektrik, salutan cat, tinted dan juga khidmat pengurusan tuntutan insurans dan waranti. 

 

Hap Seng Star juga menambah kapasiti perkhidmatan untuk pelanggan di premis ini,  ruang kerja bersaiz 29,549 kaki persegi ini dapat memenuhi  kapasiti servis yang dimaksimumkan untuk menampung 1,500 kereta sebulan.

 

Servis berjadual dan baik pulih major pula akan dilakukan oleh juruteknik terlatih dengan peralatan yang diiktiraf oleh Mercedes-Benz.

 

Selain itu, terdapat bilik pameran berkeluasan lebih 11,526 kaki persegi yang boleh menempatkan 16 buah kereta pameran. Ruang pameran ini juga lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti kafe layan diri, bilik permainan kanak-kanak dan bilik dandanan wanita.

 

hp 6

 

Secara keseluruhannya, Hap Seng Group memiliki sebanyak 10 lokasi Autohaus yang terletak di Kuala Lumpur, Kinrara, Balakong, Jalan Ipoh, Bukit Tinggi, Setia Alam, Melaka, dan Iskandar Johor di Semenanjung Malaysia.

 

hp 3

 

Hap Seng Group juga mengendalikan pusat kereta terpakai Mercedes-Benz yang diiktiraf di Kinrara dan juga pusat body & paint di Shah Alam. Bagi wilayah Malaysia Timur, cawangan Autohaus adalah di Kuching dan Kota Kinabalu.

 

hp 4

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Hap Seng Star Bukit Tinggi Autohaus merupakan pusat sehenti dengan keluasan 49,543 kaki persegi…
Pelancaran
  GLC 300e Coupe ini didatangkan dengan kuasa enjin 2.0L turbo (211 PS, 350 Nm) yang digabungkan…
Berita Domestik
Penampilkan Brand Presence baharu ini membuktikan komitment Mercedes-Benz dalam menerajui era…