Harga alat ganti naik 25 peratus

oleh Mohamad Hanif|
Masalah gangguan bekalan yang masih lagi belum reda di peringkat global bukan sahaja mengakibatkan kenaikan harga kenderaan, malah ia turut menyebabkan harga alat ganti naik mendadak.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu diburukkan lagi dengan situasi konflik antara Ukraine-Rusia, serta perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

"Terdapat masalah kekurangan alat ganti, khususnya untuk kereta yang dibina di Eropah. Ini menyebabkan harga meningkat sebanyak 25 peratus," ujarnya.

Lim menambah, Eropah kini berdepan dengan krisis kekurangan tenaga selepas Rusia menghentikan saluran bekalan ke benua tersebut disebabkan sekatan yang dikenakan oleh Kesatuan Eropah, menyebabkan kilang-kilang tidak dapat beroperasi.

Sementara itu, polisi sifar COVID (menerusi pelaksanaan sekatan pergerakan ketat) yang diamalkan oleh China turut menyebabkan gangguan bekalan komponen untuk kenderaan Jepun dan Korea Selatan.

"Banyak komponen kenderaan untuk kereta Jepun dan Korea Selatan dibuat di China, jadi polisi yang diamalkan ini memberikan kesan kepada bekalan alat ganti.
 

engine oil


Presiden Persatuan Usahawan Automotif Prosper Malaysia, Mohd Karim A. Rahman berkata, kenaikan harga sehingga 60 peratus adalah bergantung kepada komponen yang perlu ditukar.

Beliau menambah, selain daripada alat ganti, harga komponen seperti tayar, minyak enjin dan pelincir juga meningkat antara 10 hingga 15 peratus.

"Harga pelincir biasanya meningkat 2 hingga 3 peratus setiap dua hingga tiga tahun, namun tahun ini harga meningkat dua kali ganda," ujarnya.

Disebabkan kenaikan ini, Mohd Karim menjelaskan mekanik akan berbincang dengan pelanggan berhubung harga sebelum menempah alat ganti tersebut.

"Biasanya, kami akan mengambil masa satu minggu untuk menempah alat ganti daripada pembekal, namun kini ia boleh mengambil masa sebulan untuk sampai.

Mohd Karim turut menasihatkan para pemilik kenderaan supaya berwaspada dengan barangan yang dijual dalam talian, memandangkan kualiti produk tersebut boleh diragui.

Sumber: The Star

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk memujuk pengguna, ada sesetengah pengeluar automotif memberitahu kos pemilikan EV akan…
Berita Domestik
Menurut tinjauan Kosmo! di laman media sosial, rata-rata pengundi mendakwa harga tiket penerbangan…
Informasi
  Artikel dari Kosmo menyatakan bahawa ramai kalangan peminat kereta mendakwa harga kereta Perodua…