Harga bahan api Disember 2018 - RON97 turun 31 sen!

oleh Mohamad Hanif|
Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Negeri (KPDNHEP) telah mengeluarkan senarai harga bahan api bagi kitaran bermula dari 1 Disember sehingga 30 Disember 2018.
AION MREC Banner Campaign May 2024


Mengikut pengumuman terbaharu itu, harga bagi bahan bakar RON97 turun 31 sen kepada RM2.50 per liter manakala harga bahan api RON95 dan diesel masih lagi kekal seperti harga sebelum ini. 

Senarai harga baharu bahan bakar ini berkuatkuasa bermula 12.00 tengah malam ini (1 DIsember 2018).

RON95 - RM2.20 / liter
RON97 - RM2.50 / liter (turun 31 sen)
Diesel - RM2.18 / liter