Harga baharu motosikal 150cc CKD akan diumum sebelum 1 April

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat-syarikat motosikal bakal mengeluarkan harga-harga baharu untuk motosikal yang layak menerima insentif seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri minggu lalu.

Menurut insentif itu, kesemua motosikal CKD (pemasangan tempatan) di bawah 150cc akan menerima insentif pengecualian duti eksais.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini bermakna akan ada penurunan pada harga jualan motosikal dan syarikat-syarikat terbabit dijangka akan mengumumkan harga-harga rasmi itu sebelum 1 April.

Insentif itu akan berakhir pada 31 Disember 2021 dan dianggap sebagai perangsang kepada industri motosikal tempatan di bawah skim PEMERKASA.

Antara motosikal-motosikal yang bakal melihat penurunan harga jualan ialah Honda Wave, Honda EX-5, Honda Vario, Honda ADV-150, Honda RS150, Honda Dash, Yamaha Ego, Yamaha N-Max, Yamaha 135LC, Yamaha Lagenda, Modenas Kriss, Modenas CT115, Modenas Karisma dan lain-lain lagi motosikal dengan enjin 150cc ke bawah dan dipasang secara tempatan.

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Bukan rahsia lagi bahawa kerajaan Hong Kong benar-benar mendorong penjualan EV dengan memberikan…
Berita Global
Jumlah subsidi sebenar akan bergantung kepada kadar pelepasan karbon, yang termasuk ketika…
Berita Domestik
"Kita faham buat masa ini harga tiket penerbangan tinggi dan antara faktor peningkatan ini adalah…