Harga baru ADV 150 turun RM1,500?

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang diumumkan sebelum ini, kerajaan berhasrat untuk mengecualikan duti eksais 100 peratus bagi motosikal pemasangan tempatan (CKD) dengan kapasiti enjin bawah 150cc di bawah insentif PEMERKASA.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini turut dibuktikan menerusi senarai harga  yang berjaya diperoleh Careta daripada sumber yang dipercayai, memaparkan beberapa buah model motosikal bersesaran bawah 150 cc beserta perubahan harga jualan bermula 1 April ini.

Dengan senarai yang tertiris ini ia turut menandakan bahawa beberapa syarikat pengeluar motosikal telah pun menghantar senarai harga jualan baharu kepada para pengedar motosikal di seluruh negara.

Menurut pendapat kebanyakan pemerhati industri, senarai harga yang dipaparkan itu ada benarnya, namun tidak dapat dipastikan kenapa ada sesetengah model mengalami peningkatan harga.

Namun, satu persoalan besar timbul.

Adakah kebanyakan pengedar ini berani memaparkan senarai harga jualan baharu motosikal bersesaran bawah 150 cc yang berkuatkuasa 1 April itu?