Harga jualan Honda BR-V 2021 tertiris di Indonesia, lebih murah berbanding BR-V terdahulu

oleh Mohamad Hanif|
Generasi pertama Honda BR-V telah pun berada di pasaran semenjak tahun 2016 lagi, dan SUV tujuh tempat duduk Honda itu nampaknya bakal digantikan dengan generasi baharu yang diperlihatkan menerusi model konsep N7X pada Mei 2021 yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tiada sebarang berita berhubung tarikh pelancaran sebenar generasi kedua Honda BR-V itu, namun dalam satu laporan terkini daripada rakan media Autonetmagz, mereka menemukan senarai harga jualan (di Indonesia disebut sebagai nilai jual kenderaan bermotor atau NJKB) untuk Honda N7X versi produksi itu.

 

sumber: Autonetmagz


Berdasarkan semakan di laman web samsat-pkb Jakarta, ia menyenaraikan harga jualan bagi kedua-dua generasi, di mana generasi kedua diberikan kod badan baharu (DG3).

Laman web itu turut memaparkan sehingga lima trim (varian) yang bakal ditawarkan untuk pasaran tersebut, di mana dua daripadanya merupakan versi manual dan selebihnya varian CVT.

Selain daripada itu, harga jualan untuk generasi baharu ini dilihat lebih murah daripada model BR-V terdahulu, mengambil contoh varian tertinggi Honda BR-V 2021 memiliki tanda harga Rp 217,000,000 (RM62,148) berbanding Honda BR-V generasi pertama (DG1) yang berharga Rp 220,000,000 (RM63,007).

 


Varian tertinggi Honda BR-V 2021 itu juga dilihat hampir pasti menawarkan pakej Honda SENSING berdasarkan terdapat tulisan 'HS' pada kod badan yang disenaraikan itu, dan ia dibuktikan lagi dengan kehadiran kamera pada bahagian cermin sisi kiri yang merujuk kepada fungsi Honda Lane Watch.

Honda BR-V yang ada di pasaran pada ketika ini datang dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter L15Z1 yang menghasilkan 118 hp dan 145 Nm, dipadankan dengan transmisi manual (sesetengah pasaran) dan CVT.

Namun, penawarannya sedikit ketinggalan memandangkan ada pesaing yang sudah mula menawarkan ciri-ciri keselamatan yang lebih moden dan lengkap, seperti enam beg udara, amaran lintasan trafik belakang, sistem pemantauan titik buta, serta sistem pra-pelanggaran.

 


Berbalik semula kepada Honda BR-V generasi kedua itu tadi, PT Honda Prospect Motor selaku pemegang jenama Honda di sana dikatakan akan melancarkan BR-V 2021 ini pada Ogos 2021.

Sumber: Autonetmagz

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Melalui strategi perniagaannya menjelang tahun 2023, Honda menyasarkan untuk mencapai jumlah jualan…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, polis menerima maklumat…
Berita Domestik
Kempen panggil semula ini merupakan salah satu daripada langkah keselamatan berjaga-jaga yang…