Harga jualan Mazda BT-50 2021 di Australia bermula dari RM131 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Mazda Australia akan mula mengambil tempahan bagi trak pikap Mazda BT-50 bermula 1 Oktober ini, namun mereka telah pun mula mengumumkan harga jualan sebenar bagi trak pikap yang dibangunkan menggunakan platform Isuzu D-Max itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Terdapat dalam versi Dual Cab Chassis dan Dual Cab Pickup, harga jualan di Australia bermula dari AU$44,090 (RM130,671) sehinggalah AU$59,990 (RM177,794) untuk varian yang lebih premium.

Antara kelengkapan standard yang didatangkan pada Mazda BT-50 spesifikasi Australia adalah set rim aloi bersaiz 17 inci, lampu utama LED, sistem pendingin hawa, skrin infotainmen bersaiz 7 inci, integrasi peranti pintar, kamera undur serta cermin sisi berkuasa boleh laras.

 


Ciri keselamatan juga merangkumi sistem brek kecemasan autonomi, pemantauan titik buta, bantuan kekal laluan, amaran keluar laluan, kawalan kestabilan dinamik, bantuan mula mendaki, bantuan menurun cerun, amaran lintasan trafik belakang, bantuan membelok, dan cruise control (untuk varian manual) atau cruise control adaptif (versi automatik).

Sementara varian XTR pula menerima penambahan ciri seperti lampu kabus LED, lampu nyalaan siang DRL LED, rim aloi 18 inci, tempat pemijak sisi, kemasukan tanpa kunci, skrin infotainmen bersaiz 9 inci, navigasi satelit, kawalan iklim dua zon, stereng dan tombol gear balutan kulit dan cermin pandang belakang auto kelam.

 


Selain daripada itu, varian XTR turut mendapat penderia parkir hadapan, pelindung cermin sisi krom dengan fungsi pemanas, bantuan menghidup enjin jarak jauh, tempat duduk pemandu berkuasa elektrik dengan ciri pemanas, serta upholsteri kulit perang.

Mazda BT-50 dikuasakan oleh enjin 3.0 liter empat silinder sebaris diesel turbo yang menghasilkan 192 kuasa kuda dan 450 Nm, dipadankan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan, atau automatik enam nisbah kelajuan.

Sistem konfigurasi pacuan pula adalah dua roda belakang atau pacuan empat roda.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Salah satu daripadanya ialah pek SP Pro yang merangkumi sistem suspensi Nitrocharger untuk…
Berita Global
BT-50 LE direka dengan pelbagai keunikan tersendiri, terutama bahagian depan yang ketara dengan…
Berita Domestik
Ini kerana menurut laporan daripada rakan media Wapcar, terdapat beberapa pengedar Mazda telah pun…