Harga jualan Nissan GT-R 2021 di Amerika bermula dari RM473 ribu, versi Nismo RM878 ribu!

oleh Mohamad Hanif|
Nissan telah pun mengumumkan harga jualan bagi model kereta sports Nissan GT-R Premium 2021 dan Nissan GT-R Nismo 2021 untuk pasaran Amerika Syarikat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk model Premium, harga jualan cadangan bermula dari $113,540 (RM473,291) tidak termasuk kos destinasi dan caj pengendalian berjumlah $1,695.

Berdasarkan laporan terdahulu, Nissan GT-R 2021 didatangkan dengan enjin V6 turbo berkembar 3.8 liter VR38DETT yang mampu menghasikan 565 hp dan 633 Nm, dipadankan dengan transmisi klac berkembar enam kelajuan dan sistem pacuan semua roda.

 


Nissan GT-R Premium 2021 juga turut mendapat warna Bayside Blue yang sebelum ini dikhususkan untuk GT-R Anniversary Edition, selain mendapat kelengkapan seperti sistem ekzos titanium, upholsteri kulit, tempat duduk hadapan dipertingkat, sistem navigasi, SiriusXM, serta sambungan kepada Apple CarPlay dan NissanConnect sebagai ciri standard.

Manakala model yang lebih berkuasa Nissan GT-R Nismo 2021 masih lagi mengekalkan harga jualan yang terdahulu, bermula dari $210,740 (RM878,470).

Nadi VR38DETT yang ditala itu kini berupaya mengekstrak 600 kuasa kuda dan daya kilas 652 Nm, terima kasih kepada penggunaan unit turbo dari kereta lumba GT3.

 


Selain daripada itu, ia juga menampilkan sistem suspensi yang telah ditambah baik untuk pemanduan yang lebih selesa, serta kestabilan ketika mengambil selekoh.

Set brek pula terdiri daripada rotor seramik karbon 16.1 inci hadapan, cakera 15.3 inci belakang, serta angkup brek daripada Brembo.

Ruang kabin GT-R Nismo mendapat tempat duduk daripada Recaro dengan balutan kulit dan suede sintetik berwarna merah, roda stereng balutan Alcantara, tuil gear balutan kulit dan takometer berwarna merah.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Autocar, pengarah program reka bentuk Nissan, Giovanny Arroba berkata sebahagian…
Berita Global
Bagaimanapun, Nissan Micra boleh dikatakan sebagai antara model ikonik Nissan, terutama sekali…
Berita Global
Nissan GT-R 2024   Berdasarkan spesifikasi Amerika Syarikat (Filipina menggunakan pemanduan…