Tempahan sudah pun lama dibuka, dan kini Mazda Malaysia telah pun mengumumkan harga jualan rasmi bagi SUV tiga baris tempat duduk itu.
Bermula dari varian paling rendah, Mazda CX-8 2.5G 2WD Mid dijual pada harga bermula RM179,960.40, diikuti oleh Mazda CX-8 2.5G Mid Plus (RM185,960.40), serta Mazda CX-8 2WD High (RM200,960.40).
Manakala satu-satunya varian pacuan semua roda Mazda CX-8 2.2D 4WD High pula dijual pada harga mencecah RM217,722.80.
Dari segi dimensi, Mazda CX-8 memiliki dimensi yang hampir sama seperti Mazda CX-5 namun dengan jarak roda yang lebih panjang (long wheelbase).
Mengikut spesifikasi, Mazda CX-8 boleh dikonfigurasikan kepada maksimum tujuh tempat duduk untuk varian asas, enam tempat duduk dengan kerusi kapten di bahagian tengah untuk varian pertengahan, dan enam tempat duduk dengan kerusi tengah dipisahkan oleh konsol tengah untuk varian premium.
Ruang ketiga pula direka supaya mampu memuatkan penumpang dengan lebih selesa berketinggian sehingga 170 cm.
Mazda CX-8 ditawarkan dengan dua pilihan enjin sahaja, iaitu 2.2 liter SkyActiv-D (188 hp/450 Nm) dengan pacuan semua roda dan enjin 2.5 liter SkyActiv-G (192 hp/257 Nm) yang memacu roda hadapan sahaja.
Empat varian ditawarkan dan kesemuanya digandingkan dengan transmisi automatik SkyActiv-Drive dengan enam nisbah kelajuan, serta ciri GVC Plus sebagai standard.
Spesifikasi penuh serta laporan pandu uji ringkas Mazda CX-8 boleh dirujuk pada pautan di bawah: