Harga Mercedes EQS bermula dari RM528,368 di Jerman, lengkap dengan pakej permainan Tetris!

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz akhirnya memulakan jualan bagi sedan eksekutif berkuasa elektrik EQS 2022 di pasaran Jerman dengan mendedahkan secara rasmi harga jualan serta ciri-ciri baharu yang boleh didapati menerusi kemaskini over-the-air.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Sebagai sebuah sedan dengan sistem infotainmen Hyperscreen sebesar 56 inci, Mercedes-Benz telah mendatangkan beberapa ciri menarik, termasuklah pakej permainan yang merangkumi game popular seperti Tetris, Sudoku, Pairs dan Shuffle Puck - percuma untuk 12 bulan pertama, namun dengan langganan yang boleh diperbaharui dengan harga €89 sahaja.

Selain itu, EQS juga hadir dengan ciri runut bunyi 'Roaring Pulse', mod pemanduan 'Beginner Drive Mode' yang mematikan mod Sport dan mengehadkan kelajuan kepada 120 km/j, serta 'Valet Service Mode' dengan had kelajuan 80 km/j sahaja.
 

Hyperscreen


Disebabkan ia sebuah sedan dengan teknologi yang pelbagai, Mercedes-Benz turut membawakan Highlight Mode menerusi kemaskini over-the-air yang boleh diaktifkan menerusi kawalan suara untuk mendemontrasikan pelbagai ciri-ciri yang terdapat pada EQS 2022 ini. .

Harga jualan untuk EQS bermula dari €106,374 (RM528,368) untuk varian EQS 450+ manakala varian yang lebih berkuasa EQS 580 4MATIC pula dijual pada harga €135,529 (RM673,183).
 

EQS


Untuk masa terhad, pembeli boleh mendapatkan sedan EQS 2022 dalam trim Edition 1 dengan tambahan harga €18,433 (RM91,564) yang merangkumi penambahan seperti kemasan luaran AMG Line, warna obsidian black metallic, bumbung suria panorama, rim aloi bersaiz 21 inci serta lencana Edition 1.

Untuk ruang kabin pula, EQS Edition 1 ini didatangkan dengan kemasan upholsteri Neva Grey/Reflex Blue Nappa, tempat duduk hadapan pelbagai kontur, elemen kayu walnut, serta alas lantai Edition 1.

Baca: Mercedes-Benz EQS 2022

Baca: Sistem MBUX Hyperscreen

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Varian baharu ini menggabungkan teknologi canggih dengan ruang dalaman yang menawarkan pengalaman…
Berita Global
Satu contoh menarik yang wujud daripada katalog Brabus adalah EQS yang dikatakan jauh lebih menarik…
Berita Global
Sistem yang lebih dikenali sebagai Drive Pilot itu boleh didapati di Jerman bermula 17 Mei ini…