Langkah itu adalah pengurangan pengeluaran terbesar sejak tahun 2020 akibat pengurangan permintaan (pengeluaran diturunkan sebanyak hampir 10 juta tong sehari).
OPEC+ yang diketuai oleh Arab Saudi dan Russia mahu mengurangkan pengeluaran bagi menyekat penurunan harga dari menjadi bawah US$80 setong (harga sekarang ialah US$90 setong).
Ramai pihak sedang menunggu tindak balas dari US yang dari awal menuduh organisasi itu lebih berpihak kepada Russia dan negara Uncle Sam itu sendiri sudah meletakan had harga untuk bahanapi dari Rusia walaupun OPEC+ menyuarakan kebimbangan tindakan US itu akan memberi kesan kepada harga bahan mentah tersebut dari negara-negara lain.