Namun begitu, penguncupan sudah mula dilihat juga. BMW melaporkan penurunan sebanyak 19.1 peratus, Honda 10.6 peratus, Ducati 41.2 peratus dan KTM sebanyak 77.7 peratus di Thailand, juga bagi enam bulan pertama tahun ini.
Situasi dijangka tidak akan bertambah baik dengan pengenalan cukai terbaharu khusus untuk motosikal berenjin besar.
Jabatan Eksais Thailand sedang dalam perancangan untuk melancarkan cukai motosikal besar berdasarkan pelepasan asap CO2.
Cukai sekarang adalah berdasarkan kapasiti enjin dan selalunya ia adalah 2.5 hingga 9 peratus dari harga jualan motosikal.
Kadar baharu yang bergantung kepada pelepasan asap CO2 itu pula dijangka akan meningkat kepada 3 hingga 18 peratus.
Ini akan menyebabkan peningkatan harga sehingga 100,000 Baht.
Secara keseluruhan, ekonomi domestik Thailand berkembang pada kadar yang sangat perlahan walaupun prestasi Baht yang kukuh akibat industri pelancongan dan eksport.
Perubahan ekonomi global yang tidak ketentuan juga tidak menjanjikan perancangan pelaburan ekonomi domestik yang baik untuk negara tersebut.
Ini ditambah pula dengan musim kemarau yang mungkin akan menurunkan pendapatan sektor pertanian.
Segala perubahan ekonomi ini mungkin akan terus memberi kesan negatif kepada pertumbuhan pasaran motosikal di negara tersebut.