Harga petrol di Vietnam turun kali ketiga berturut-turut

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Harga petrol di Vietnam terus menurun pada Khamis untuk kali ketiga berturut-turut dan kekal pada paras terendah sejak awal tahun ini, lapor Xinhua yang memetik laporan media tempatan.

Harga E5 RON92 seliter turun sebanyak 360 dong Vietnam (AS$0.015) kepada 19,970 dong.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Harga petrol RON95-III juga menurun sebanyak 280 dong seliter kepada 20,820 dong.

Harga diesel jatuh sebanyak 380 dong kepada 18,090 dong seliter sementara harga minyak tanah menurun 340 dong kepada 18,720 dong, menurut Kementerian Perindustrian dan Perdagangan.

AS$1 bersamaan 24,740 dong.

Sejak awal tahun ini, harga petrol Vietnam diselaraskan sebanyak 35 kali.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
Pada Rabu, penanda aras minyak Brent meningkat 0.27 peratus kepada AS$76.69 setong manakala West…
Berita Domestik
"Belum ada kertas dasar yang boleh membawa kita untuk melaksanakannya (rasionalisasi subsidi RON95…
Berita Domestik
Menurut kenyataan itu, projek rintis berkenaan sama sekali tidak melibatkan pengguna kenderaan…