Harga petrol RON95 perlu dinaikkan berperingkat - Penganalisis

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kadar inflasi pada separuh kedua 2024 berpotensi meningkat antara 4.9 peratus hingga 6.7 peratus jika harga runcit RON95 ditetapkan mengikut harga pasaran ekoran jangkaan pelaksanaan subsidi bersasar pada Jun, kata MIDF Research.

Susulan itu, bahagian penyelidikan itu berpandangan bahawa adalah lebih ideal kenaikan harga runcit RON95 dibuat secara beransur-ansur supaya kesan terhadap inflasi lebih terkawal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Dengan membenarkan RON95 pada harga pasaran pada Jun ini, kesannya adalah kadar inflasi keseluruhan (tahun ini) dijangka meningkat kepada purata 4.6 peratus.

"Kadar inflasi pada separuh kedua 2024 diunjurkan antara 4.9 peratus hingga 6.7 peratus. Susulan itu, kami percaya bahawa senario ini (penetapan harga RON95 ikut harga pasaran) tidak mungkin berlaku kerana kadar inflasi akan melepasi julat sasaran Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan (MoF)," katanya dalam nota penyelidikannya.

BNM menjangkakan inflasi keseluruhan bagi 2024 berpurata antara 2.0 peratus dan 3.5 peratus, sebahagiannya mencerminkan potensi peningkatan daripada rasionalisasi subsidi domestik.

MIDF Research membuat andaian kesan inflasi berdasarkan empat senario yang berkemungkinan berlaku apabila langkah subsidi bahan api bersasar dilaksanakan, yang mana hanya tiga senario saja dianggapnya boleh dilakukan.

Senario pertama ialah harga RON95 kekal status quo pada RM2.05 memandangkan masa tambahan diperlukan untuk menyediakan pengguna dan mengukuhkan mekanisme subsidi bersasar.

Senario kedua pula memperlihatkan RON95 dinaikkan sebanyak lima sen setiap bulan bermula Jun 2024 sehingga harga mencecah RM2.40 seliter, lebih tinggi sedikit berbanding mata maksimum pasca 2010 sebanyak RM2.38 sementara senario ketiga ialah harga RON95 diselaraskan kepada RM2.40 pada Jun 2024 dengan kenaikan sekali saja.

Senario keempat pula ialah apabila harga RON95 ditetapkan pada harga pasaran pada Jun 2024, yang baginya sangat tidak mungkin untuk dilaksanakan buat masa ini.

MIDF Research berkata, jika harga runcit bahan api ditetapkan kekal pada RM2.05 seliter, pihaknya menjangkakan harga keseluruhan meningkat sebanyak 2.9 peratus untuk 2024 dan kadar inflasi keseluruhan akan meningkat tetapi hanya mencapai mata maksimum 3.5 peratus pada November 2024 dan Disember 2024.

Katanya, faktor peningkatan utama ialah kadar inflasi makanan.

Bagi senario kedua pula iaitu RON95 akan dinaikkan sebanyak lima sen setiap bulan bermula Jun 2024, MIDF Research menjangkakan harga permulaan ialah RM2.10 dan meningkat secara beransur-ansur sehingga RM2.40 menjelang Disember 2024.

Ia berkata, berdasarkan senario itu, pihaknya menganggarkan kadar inflasi keseluruhan berpurata pada 3.2 peratus memandangkan pertumbuhan harga bahan api pada 6.0 peratus untuk 2024.

Katanya, kadar inflasi keseluruhan melepasi 3.0 peratus dalam Jun 2024 dan mencapai puncak 4.4 peratus menjelang Disember 2024.

"Sementara itu, kami menganggarkan bahawa kadar inflasi bahan api mencecah kadar dua angka pada September 2024 dan seterusnya.

"Kami percaya ini adalah senario yang ideal jika langkah subsidi yang disasarkan bahan api dilaksanakan dalam separuh kedua 2024. Kami lihat senario ini sebagai satu kemungkinan memandangkan kadar inflasi di bawah senario ini berada dalam julat sasaran BNM/MOF," katanya.

Bagi senario ketiga iaitu RON95 akan dinaikkan sebanyak 35 sen sekali saja pada Jun 2024 dan kekal sehingga akhir tahun, MIDF Research menganggarkan kadar inflasi keseluruhan berpurata 3.4 peratus dan kadar inflasi bahan api pada 10.2 peratus bagi 2024.

Ia berkata, kadar inflasi keseluruhan dijangka meningkat daripada 2.6 peratus pada Mei 2024 kepada 3.7 peratus pada Jun 2024 dan arah aliran melebihi 4.0 peratus pada Ogos 2024 dan seterusnya.

"Kami juga menganggap senario ini mungkin memandangkan kadar inflasi berada dalam lingkungan julat sasaran BNM/MOF, namun kadar pertumbuhan harga bulanan adalah lebih pantas daripada senario kedua," katanya.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata…
Berita Domestik
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata ia bukanlah satu model yang mampan dan saksama apabila…
Berita Domestik
"Sampai sekarang, saya tidak pernah dengar malah, tidak pernah ada perbincangan mengenainya,"…