Harga petrol RON95 sepatutnya lebih rendah

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Presiden parti MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong semalam bertanya kenapa harga petrol RON95 kekal RM2.20 sedangkan harga dunia bahan api itu sudah menurun.

"Penurunan harga minyak dunia memang ketara sejak dua bulan lalu," ujar beliau.

"Ramai berkata harga sebenar petrol RON95 telah turun dari harga RM2.20 sekarang dan pihak kerajaan telah mengutip cukai sebanyak RM100 juta setiap minggu," tambahnya lagi.

"Ramai yang berkata harga sebenar RON95 sekarang ialah RM1.90 se liter, atau mungkin lebih rendah."

Wee meminta pihak kerajaan menerangkan isu harga petrol RON95.

Dalam kenyataan Wee di dalam Facebook beliau, sekiranya kerajaan mengutip "cukai" bahan api dan tidak membahagikan subsidi seperti yang dijanji, ia sepatutnya berani memberitahu apa sebenarnya yang terjadi.

Bajet bahan api tahun 2019 seperti yang disebut oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng adalah berdasarkan harga minyak Brent pada kadar US$72 setong tetapi harga pasaran sudah menurun.

"Semalam, harga minyak Brent ialah US$52 setong," kata Wee.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga ada memberi komen di Facebook beliau mengenai "cukai" 30 sen seliter oleh kerajaan sekarang.

* Laporan diambil dari The Star.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Peneraju syarikat kenderaan ketiga nasional, Dream Edge menjadi mangsa serangan politik selepas…
Berita Domestik
  "Saya teruskan memandu dan berhenti di lampu isyarat. Pada masa itu, seorang penunggang…