Harga petrol turun tetapi harga diesel naik

oleh SALINA JALIL|
Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Negeri (KPDNHEP) telah mengeluarkan senarai harga bahan api bagi kitaran bermula dari 12 Januari sehingga 18 Januari 2019.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Mengikut pengumuman terbaharu itu, harga bagi bahan api adalah seperti berikut:-  

 

RON95 - RM1.92 / liter (turun 1 sen)
RON97 - RM2.22 / liter (turun 1 sen)
Diesel - RM2.05 / liter (naik 1 sen)
Diesel Euro 5 - RM2.15 / liter (naik 1 sen)

 

Senarai harga baharu bahan api ini akan berkuatkuasa bermula 12.00 tengah malam ini (12 Januari)

 

Harga ini rasmi untuk seminggu dan pengumuman harga baharu akan diumumkan pada 18 Januari kelak.