Menurut Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata, "sejak dilancarkan pada Disember 2021, sambutan yang diterima dari rakyat Malaysia adalah cukup menggalakkan. Sehingga kini, kami telah menerima lebih daripada 5,200 unit tempahan.
"Kami amat yakin pakej yang ditawarkan oleh City Hatchback RS e:HEV ini mampu meletakkan tanda aras yang tersendiri di dalam pasaran, seperti pakej penggayaan, trenkuasa e:HEV, keselamatan Honda SENSING, serta sistem telematik Honda CONNECT.
Sebagai makluman, City Hatchback RS e:HEV dilengkapi dengan trenkuasa motor elektrik berkembar i-MMD (intelligent Multi-Mode Drive) yang mampu menjana kuasa setinggi 109 PS dan daya kilas 253 Nm.
Untuk membezakannya dengan varian City yang lain, varian RS diserikan dengan penggunaan warna dua tona dengan komponen seperti gril hadapan, solid wing dan cermin sisi berwarna hitam, kemasan pada bahagian gril bawah, perumah lampu kabus dan bampar belakang, serta rim aloi bersaiz 16 inci.