Harga Tesla Terpakai Jatuh Teruk, Apa Punca Kejatuhan Ini?

oleh Qalif Latif|
Fenomena di Amerika Syrikat dan mungkin seluruh dunia, dimana Tesla semakin mengalami penurunan yang ketara dalam nilai di pasaran kereta terpakai dan ini semakin jelas apabila harga kenderaan terpakai Tesla terus merosot, walaupun harga kereta baru semakin meningkat. Menurut data yang dikumpul oleh iseecars.com, Tesla mendahului senarai kereta yang paling banyak kehilangan nilai berbanding mana-mana pengeluar kereta lain pada tahun lalu, dan ia menunjukkan trend yang membimbangkan bagi pemilik Tesla terpakai.

Penurunan Nilai Tesla: Apa yang Terjadi?

Kejatuhan harga Tesla terpakai bermula selepas CEO Elon Musk secara terbuka melibatkan diri dalam tirade politik, yang menyebabkan reputasi syarikat terganggu dan memberi kesan kepada nilai jualan semula kereta-kereta Tesla. Tesla Model S, yang dulu menjadi simbol status dan kecanggihan teknologi, kehilangan nilai sebanyak $8,837 (lebih kurang RM38,400) berbanding tahun lalu, mencatatkan penurunan sebanyak 16%. Harga purata bagi Model S terpakai pada Mei 2025 hanyalah sekitar $46,503 (lebih kurang RM194,800), berbanding dengan harga baru yang bermula pada $81,380 (lebih kurang RM335,100).
 

Tesla Model Y dan Model 3 Juga Terjejas

Selain Model S, dua lagi model dari Tesla turut mencatatkan penurunan nilai yang besar di pasaran terpakai. Tesla Model Y mengalami penurunan 14.2% berbanding tahun lalu, yang bersamaan dengan penurunan $4,945 (lebih kurang RM20,400). Harga purata bagi Model Y terpakai pada Mei 2025 hanya $29,789 (lebih kurang RM121,800), sedangkan harga baru model ini bermula pada $46,380 (lebih kurang RM189,000).

Tesla Model 3, yang juga berada dalam senarai kereta terpakai yang paling banyak kehilangan nilai, mencatatkan penurunan sebanyak 10.8% atau $3,078 (lebih kurang RM12,700). Harga purata bagi Model 3 terpakai adalah $25,361 (lebih kurang RM102,300), walaupun harga untuk model baru Long Range Rear-Wheel Drive bermula pada $43,880 (lebih kurang RM177,500).

Tesla

Faktor yang Menyebabkan Penurunan Nilai Tesla Terpakai

Penganalisis eksekutif dari iseecars, Karl Brauer, menjelaskan bahawa terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi nilai sebuah kereta terpakai. Dalam kes Tesla, menjadi kenderaan elektrik dan menggunakan jenama Tesla nampaknya menjadi faktor negatif berganda. Selain itu, reputasi syarikat yang tercalar akibat kenyataan politik dan isu-isu kualiti perisian pemanduan sendiri turut memberi kesan terhadap nilai jualan semula kenderaan mereka.

Apa Yang Pembeli Tesla Perlu Tahu?

Bagi sesiapa yang berminat membeli Tesla terpakai, adalah penting untuk mempertimbangkan risiko penurunan nilai yang besar apabila membeli kereta terpakai jenama ini. Walaupun Tesla menawarkan teknologi canggih dan prestasi yang hebat, nilai jual semula yang rendah menunjukkan risiko pelaburan yang lebih besar di pasaran kereta terpakai. Pembeli perlu berhati-hati dan memastikan mereka mendapat harga yang berpatutan sebelum membuat keputusan pembelian

Berita Berkenaan

Berita Global
Kenyataan itu memaklumkan kenderaan yang terlibat tidak mematuhi beberapa Piawaian Keselamatan…
Berita Global
Menurut laporan terkini, unit yang dihasilkan ini dipercayai masih dalam fasa awal atau pilot build…
Berita Domestik
Model sedan Model 3 kekal ditawarkan pada harga permulaan RM169,000, manakala Model Y terus dijual…