Harga Toyota Hiace dari RM112K di Australia (LWB 3.5L V6 manual)

oleh Muhammad Md Tajudin|
Pengenalan Toyota Hiace baharu berjaya menarik perhatian ramai yang tidak terhad kepada komuniti perniagaan tetapi juga pengguna awam.

Toyota Hiace generasi kelima begitu lama berada di pasaran iaitu sejak tahun 2004 lagi dan walaupun begitu reka bentuknya seperti tidak dimamah usia.

Toyota Hiace generasi keenam pula tampil dengan perubahan luar dan dalam, lebih selesa untuk pemandu, selamat, prestasi lebih baik dan pada masa sama mengekalkan praktikaliti sebuah Hiace.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Toyota Hiace

 

Hiace tidak mencapai tahap 'Hailak' di mana pengguna mengenali pikap jenama lain sebagai Hilux, tetapi van ini cukup popular sebagai kenderaan pengangkutan komersil. Warna putih sinonim dengan van ini.

Perubahan besar untuk van ini ialah bonet separuh yang membolehkan enjin dianjak melepasi gandar depan dan kerusi seterusnya membolehkan akses lebih baik ke ruang enjin, keselamatan, kestabilan dan keselesaan yang juga lebih bagus.

Perubahan yang juga signifikan ialah pelantar lebih panjang dan lebar. Pemandu kini mudah untuk masuk ke kabin dengan posisi duduk lebih rendah dan kabin yang direka dengan ciri ergonomik untuk kesenangan dan keselesaan pemandu.

 

Toyota Hiace

 

Ciri untuk pemandu setara dengan kereta sedan seperti kerusi dengan ketinggian boleh laras, stereng tilt dan telescopic serta fungsi untuk kawalan audio, infohibur dan sistem kawalan jelajah.

Selepas pelancaran global di Filipina, ada yang tertanya berapakah harganya? Toyota Australia nampaknya mendahului beberapa pasaran utama dengan mendedahkan varian serta harga.

Berikut ialah varian dan harga Toyota Hiace untuk pasaran Australia:

 

Varian Enjin Transmisi Harga AUD/RM

LWB van

Long wheelbase

3.5-liter V6 petrol Manual $38,640/RM112,195
Automatik $40,640/RM117,977
2.8-liter turbo-diesel Manual $42,140/RM122,334
Automatik $44,140/RM128,186
 
LWB van kru 2.8-liter turbo-diesel Automatik $47,140/RM136,898
 

SLWB van

Super long wheelbase

3.5-liter V6 petrol Automatik $48,640/RM141,254
2.8-liter turbo-diesel Automatik $52,140/RM151,410
 
Commuter 2.8-liter turbo-diesel Automatik $67,140/RM
Commuter GL 2.8-liter turbo-diesel Automatik $70,140/RM

*1 AUD = RM2.903

Toyota Hiace

 

Berdasarkan varian yang ditawarkan Toyota Hiace mempunyai dua jenis enjin iaitu 2.8 liter turbo diesel dan 3.5 liter V6 petrol. Cara enjin dibahagikan mengikut varian kecuali Commuter dan Commuter GL memberi pilihan kepada pelanggan untuk membuat keputusan berdasarkan peruntukan dan keperluan muatan.

Jenis badan pula mempunyai tiga jenis iaitu LWB, SLWB dan Commuter. Varian LWB mempunyai pilihan van kru untuk muatan sehingga empat penumpang dan pemandu.

Untuk pelanggan yang lebih mengutamakan penumpang berbanding muatan, Toyota menawarkan Hiace Commuter dengan 12 tempat duduk. 

 

Toyota Hiace

 

Hiace Commuter GL pula adalah varian dengan spesifikasi lebih lengkap seperti pintu gelungsur berkuasa, penyaman udara depan dan belakang, enam soket USB, lapan lampu membaca, balutan interior mewah dan roda aloi 16 inci.

Dari segi kelengkapan keselamatan, Hiace kali ini lebih lengkap dengan teknologi Toyota Safety Sense.

Berikut ialah di antara kelengkapan standard Toyota Hiace:

  • Sistem keselamatan pra pelanggaran dengan pengesan pejalan kaki dan penunggang basikal siang hari
  • Amaran penukaran lorong dengan bantuan stereng
  • Bantuan papan tanda jalan (terhad kepada sesetengah kelajuan)
  • Lampu puncak automatik
  • Kawalan jelajah
  • Brek anti kekunci
  • Kawalan penstabilan kenderaan
  • Monitor titik buta
  • Amaran lintasan trafik semasa mengundur
  • Kamera undur
  • Sembilan beg udara (bergantung kepada varian)
Toyota Hiace

 

Bagaimana pula dengan Toyota Hiace versi tempatan? Masih terlalu awal untuk disahkan tentang bila bakal dijual atau berapa harganya.

Sebagai perbandingan, Toyota Hiace 2.5 turbo diesel jenis van panel dipasarkan oleh UMWT pada harga RM98,000.

Harga Toyota Hiace baharu mungkin lebih tinggi kerana segala-galanya lebih baik dan selamat.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, van Hiace generasi terdahulu masih lagi kekal di pasaran seperti Jepun, Asia Tenggara (…
Berita Global
Salah satu daripadanya ialah van Hiace yang diberikan rupa seakan Land Rover Defender.   Jika…
Berita Global
Toyota Australia baru-baru ini memperlihatkan sebuah model prototaip Hiace yang dilengkapi dengan…