Hari ini dalam sejarah - ABS pertama kali diperkenalkan kepada umum pada 1978

oleh Mohamad Hanif|
Sama ada kita sedar atau tidak, dunia permotoran kini sudah bertambah maju dengan pelbagai peralatan keselamatan sudah pun dibangunkan bagi memenuhi kehendak keselamatan sesebuah kenderaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bila diimbas kembali empat puluh tahun yang lalu, ciri brek anti-kunci atau ABS ini sebenarnya mula dipersembahkan kepada umum oleh Mercedes dan Bosch pada 22 Ogos-25 Ogos 1978 sebelum mengaplikasikannya buat kali pertama pada kereta produksi W116 S-Class penghujung tahun itu. 
 


Sebelum ciri ABS ini diperkenalkan, pengendalian kenderaan ketika brek kecemasan dilakukan sememangnya satu isu yang sangat besar, terutama ketika mengharungi permukaan yang sangat licin. 

Ketika memperkenalkan ciri ABS ini kepada umum, Mercedes menjelaskan:

ABS menggunakan sistem komputer yang memantau sebarang perubahan arah putaran setiap roda ketika proses membrek dlakukan. 

Sekiranya kelajuan kenderaan (yang dipantau pada roda) dikesan berhenti terlalu mendadak, terutama ketika permukaan jalan yang licin, ia akan meningkatkan risiko tayar terkunci, dan di sini peranan komputer untuk mengambil alih tugas mengurangkan tekanan brek yang diaplikasikan. 

Proses brek dan nyahbrek ini dilakukan dan dipantau oleh komputer di dalam masa hanya beberapa saat. 
 


Di dalam terma yang mudah, dalam masa yang singkat ia umpama kaki kanan anda mengepam brek berkali-kali bagi mengelakkan roda terkunci ketika proses memberhentikan kenderaan sedang berlangsung. 

Walaupun pada ketika itu ia kedengaran agak rumit, ciri ABS ini sememangnya membuka mata umum terhadap ciri keselamatan yang sewajarnya ada pada sesebuah kenderaan yang bukan sahaja memberikan kuasa pemberhentian tanpa menyebabkan tayar terkunci, malah ia membolehkan pemandu memastikan kawalan kenderaan masih di dalam jangkaan oleh kerana stereng tidak terkesan akibat tayar yang terkunci. 
 


Mercedes hanya mengambil masa selama dua tahun selepas pengenalan kali pertama itu untuk menawarkan ciri ABS sebagai ciri pilihan pada setiap kereta penumpang mereka, dan turut menawarkannya pada kenderaan komersil mereka bermula 1981.

Hanya pada tahun 1992, Mercedes menjadikan ciri ABS sebagai satu ciri standard untuk kesemua kenderaan mereka. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun selain daripada Toyota Land Cruiser, kita sering kali terlupa kewujudan sebuah lagi model off…
Berita Domestik
Kedua-dua helmet Zeus ZS-388 dan ZS-217 diperbuat daripada bahan ABS dan boleh didapati dalam saiz…
Berita Domestik
Antara unit yang sudah pun mula dipasang termasuklah Ninja 250 ABS dan Z250 ABS, serta model Ninja…