Hari Polis ke-215: Tawaran diskaun saman 50% di program ‘Road March' 2022

oleh SALINA JALIL|
Sempena dengan  Hari Polis ke-215 Tahun 2022, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bakal menawarkan pengurangan bayaran saman trafik sehingga 50 peratus bagi kesalahan terpilih menerusi program Road March 2022. Ia akan berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 30 Julai ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Program penawaran diskaun saman ini tidak ditawarkan bagi kompaun yang membabitkan kemalangan, saman berstatus waran tangkap, memotong di garisan berkembar, tidak mematuhi lampu isyarat merah, memotong secara bahaya/potong barisan dan menggunakan lorong kecemasan.

 

Selain itu, kesalahan yang dikategorikan tidak boleh kompaun (NC), berstatus perbicaraan, kesalahan berkaitan kenderaan berat dan pengubahsuaian ekzos kenderaan juga tidak ditawarkan pengurangan saman.

 

Menurut laman Facebook PDRM, bagi orang ramai yang memiliki saman trafik tertunggak dan mahu melangsaikannya dengan menikmati diskaun ini, bolehlah datang ke program berkenaan yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

 

Facebook PDRM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Tawaran pengurangan kompaun saman trafik secara dalam talian sehingga 60 peratus tertakluk…
Berita Domestik
  Sepanjang tempoh itu, beliau berkata, lebih 2,300 pembayar hadir menjelaskan saman atas pelbagai…