Hari terakhir Op Hormat Undang-Undang - 5,809 saman dikeluarkan

oleh Penyumbang Rencana|
Hari terakhir Op Hormat Undang-Undang (HUU) Jalan Raya Polis Kuala Lumpur fasa dua pada Jumaat, merekodkan sebanyak 5,809 saman berkurangan berbanding sehari sebelumnya yang merekodkan 6,510 saman.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, halangan lalu lintas masih merekodkan kesalahan tertinggi apabila 4,818 saman dikeluarkan pada Jumaat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Bagi kesalahan tiada lesen memandu pula merekodkan 138 saman dengan empat daripadanya pemandu warga asing manakala tidak patuh lampu isyarat merah (58); nombor plat fancy atau kabur (51) dan lain-lain (644).

“Selain itu, seramai lapan individu ditahan atas pelbagai kesalahan dan sebanyak tujuh motosikal disita sepanjang operasi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, sebanyak 23 operasi dijalankan semalam membabitkan Op Utama; Op Motosikal; Op Samseng Jalanan; Op Perdagangan; Op Mabuk; Op Khas; Op Pelbagai; Op Halangan dan Op Zebra Crossing.

Tambahnya, operasi dijalankan dengan kekuatan 755 pegawai dan anggota.

Polis Kontinjen Kuala Lumpur melaksanakan Op HUU bermula 15 September sehingga 29 September di sekitar ibu kota.

Ia susulan kesan positif Op HUU fasa pertama terutama membabitkan kepatuhan orang ramai terhadap peraturan jalan raya

Berita Berkenaan

Informasi
"Selebihnya ialah letak kenderaan di laluan pejalan kaki atau garisan putih (247), tiada lesen…