Harley beli saham Alta Motors untuk bantu bina motosikal elektrik

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Harley-Davidson, syarikat motosikal yang seboleh-bolehnya tidak mahu masa bergerak ke hadapan agar produk-produk klasik mereka akan sentiasa popular nampaknya akur bahawa mereka perlu berubah mengikut peredaran teknologi.

Setelah beberapa tahun mendiam dengan konsep motosikal elektrik Project LiveWire, Harley-Davidson mengumumkan bahawa ia akan melabur di dalam syarikat Alta Motors.

 

 

Alta Motors ialah sebuah syarikat kecil yang membina motosikal elektrik, tetapi hanya dalam bentuk motocross (MX).

Sebelum ini Harley-Davidson telah bekerjasama dengan Mission Motors dari California untuk membina motosikal elektrik konsep LiveWire mereka.

Mission Motors kini sudah menutup perniagaan mereka.

Presiden Harley-Davidson Motors, Matt Levatich berkata ia menjadi komitmen syarikat untuk membina sebuah motosikal elektrik kerana ia adalah sebahagian dari strategi 10-tahun yang mahu memastikan Harley-Davidson agresif di dalam adaptasi teknologi.

Walaupun di US, ramai yang tidak percaya Harley-Davidson mampu menjual sebuah motosikal elektrik tetapi di Malaysia, pastinya peminat tegar Harley-Davidson akan membeli sebuah LiveWire kerana ia adalah sebuah Harley-Davidson.

Cuma antara karektor utama sebuah Harley-Davidson ialah bunyi dan gegaran. Tanpa kedua itu, tidak ada bezanya nanti sebuah Harley-Davidson berkuasa elektrik dengan sebuah cruiser SYM dengan tenaga bateri.

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, ia tidak terhenti setakat itu apabila Impala Asset Management yang memegang kira-kira 2…
Gaya Hidup
Sebut Ahmad Fadzli Musa, mungkin tidak ramai yang kenal tetapi bila Pa'din Musa disebut, pasti…
Berita Domestik
Harley-Davidson telah mengumumkan pagi tadi bahawa ia sedang mencari pengedar baharu untuk jenama…