Harley-Davidson Electra Glide™ Standard - bermula dari RM132,400

oleh Mohamad Hanif|
Harley-Davidson Motor Company telah mengemaskini barisan penawaran model motosikal untuk tahun 2020, termasuklah menambah sebuah model baharu di dalam kelas Touring, Electra Glide™ Standard.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

HD Electra Glide™ Standard merupakan sebuah "Dressed down Dresser" yang diinspirasikan daripada Harley-Davidson Grand American Touring, direka untuk penunggang tradisional yang mahukan tunggangan yang sebenar. 

Tiada sebarang skrin paparan, sekadar sebuah motosikal yang mampu menawarkan pengalaman tunggangan yang lebih mendalam ketika perjalanan, dan ini yang menjadi kunci utama di dalam rekaan dan kejuruteraan Electra Glide™ Standard. 
 


Harga jualan Electra Glide™ Standard bermula dari RM132,400 dan hanya ditawarkan dalam warna Vivid Black sahaja. 

Selain daripada Electra Glide™ Standard, antara barisan motosikal Harley-Davidson yang bakal menggegarkan bilik pameran termasuklah Road King™, Road King™ Special, Street Glide™ Special, Road Glide™ Special and Ultra Limited.

Salah satu ciri yang diperlihatkan pada sesetengah model Touring Family 2020 adalah Reflex™ Defensive Rider System di mana ia merupakan koleksi teknologi yang direka untuk memadankan prestasi motosikal dengan daya cengkaman ketika pecutan, nyahpecutan, brek.
 


Ia turut dibantu dengan beberapa ciri lain seperti kawalan casis terkini, kawalan brek elektronik dan teknologi kawalan trenkuasa. 

Menurut Johan Kleinsteuber, Pengarah Urusan Harley-Davidson Asia Emerging Markets berkata, "dengan peningkatan tahap minat terhadap motosikal HD di Malaysia, barisan produk 2020 yang diperkenalkan ini pasti dapat memenuhi setiap jiwa yang mahukan sebuah mesin yang impresif di atas jalan raya.

Anda boleh mendapatkan sebuah motosikal Harley-Davidson pada harga serendah RM62,800 dan untuk maklumat lanjut sila berkunjung ke mana-mana pusat pameran Harley-Davidson di Petaling Jaya, Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu.