Harley-Davidson LiveWire ELW untuk dijual - HD letrik, 105 HP, 117 Nm, harga RM125K

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sedang penulis menatal melalui telefon pintar mencari motosikal untuk dijual yang masih belum mampu dimiliki, penulis tertarik dengan satu iklan yang menunjukkan sebuah model unik di pasaran Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ianya merupakan sebuah model Harley-Davidson LiveWire ELW 2020, model motosikal dengan rangkaian kuasa elektrik.

 

2

 

Tentunya agak menarik bagi motosikal jenama US itu dimana ia kebiasaannya dikuasakan enjin V Twin ikoniknya.

Untuk pengetahuan, model Harley-Davidson LiveWire ELW tidak dijual secara rasmi di Malaysia dan model dijual itu merupakan unit yang dibawa masuk sendiri oleh pemilik asal.

 

3

 

Model elektrik pertama oleh Harley-Davidson itu dikuasakan oleh motor elektrik bersama bateri berkapasiti 15.5 kWj yang mampu menghasilkan 105 HP dan 117 Nm.

Dengan daya kilas sehingga 117Nm, ia juga mampu menghasilkan pecutan dari 0-100 km/j dalam masa kurang daripada 3.5 saat sahaja.

 

4

 

Kuasa dan kapasiti bateri pada HD LiveWire itu juga membolehkan ia bergerak sejauh 177 km di jalan bandar dengan sekali cas penuh.

Dari segi pengecasan, HD LiveWire itu mampu menyokong pengecasan AC 1.3 kW yang boleh dicas dari 0-100% dalam 12 jam, manakala pengecasan pantas DC mampu mengecas dari 0-80% dalam 40 minit sahaja.

 

5

 

Ianya dibantu oleh sistem pengecasan pantas Level 3 yang mampu mengecas penuh pek bateri dalam masa kurang daripada sejam, memberikan jarak operasi yang lebih jauh sekitar 309 km.

Bagi anda yang berminat untuk mencari kelainan dalam tunggangan hujung minggu, Harley-Davidson LiveWire itu sememangnya sebuah calon yang sesuai.

 

6

 

Semasa baru dilancarkan, Harley-Davidson LiveWire ditawarkan bermula dari USD29,799 (RM122,533) untuk pasaran US.

Iklan bagi Harley-Davidson LiveWire itu juga masih tersedia untuk dijual di Mudah.my, dimana pemiliknya meminta sejumlah RM120,000 bagi anda memiliki motosikal elektrik tersebut.

Baca: Harley-Davidson LiveWire

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kesemua motosikal itu menggunakan model Harley-Davidson Low Rider™ ST yang dikuasakan oleh enjin V-…
Berita Domestik
Low Rider El Diablo merupakan motosikal yang dihasilkan untuk memberikan gaya dan prestasi sports…
Berita Global
Kempen panggil semula ini dilakukan melibatkan isu perisian yang menentukan bila lampu brek pada…