Harley-Davidson Nighster 2022 muncul di AOS - dari RM93,900

oleh Mohamad Hanif|
Harley-Davidson Malaysia telah menambah ahli baharu ke dalam keluarga Sportster menerusi pelancaran model Harley-Davidson Nightster 2022 serba baharu bertempat di Art of Speed 2022.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dari segi kuasa, Nightster 2022 dikuasakan oleh nadi v-twin Revolution Max 975T bersesaran 975 cc menghasilkan kuasa setinggi 89 hp @ 7,500 rpm dan daya kilas 95 Nm @ 5,750 rpm.

Menurut Harley-Davidson, enjin DOHC dengan sistem pemasaan injap berubah-ubah ini telah ditala untuk prestasi yang kuat pada julat putaran enjin rendah dan pertengahan.
 

Nightster


Model Nightster menggunakan senibina casis yang sama seperti model Sportster S, dan dibantu dengan sistem suspensi yang terdiri daripada fork hadapan Showa DBV (Dual Bending Valve), dan penyerap hentakan berkembar dengan tetapan pra-muatan.

Sistem brek pula terdiri daripada rotor tunggal depan dan belakang (320 mm/260 mm) dengan angkup brek empat omboh di depan dan omboh tunggal di belakang, dibantu dengan ciri keselamatan seperti ABS dua saluran, kawalan cengkaman dan drag-torque slip control.
 

nightster


Nightster 2022 didatangkan dengan saiz rim 19 inci di depan (tayar 100/90) manakala rim belakang pula bersaiz 16 inci (tayar 150/80).

Informasi penting ada dipaparkan menerusi skrin LCD kecil, dan penunggang boleh menetapkan sehingga tiga mod tunggangan iaitu Road, Sport dan Rain di mana ketiga-tiga mod ini akan mengawal aspek seperti pengedaran kuasa, respons pendikit, brek enjin, ABS dan juga kawalan cengkaman.
 

nig


Komponen tangki yang anda lihat sebenarnya bukanlah digunakan untuk pengisian bahan api, sebaliknya ia merupakan lokasi terletaknya kotak udara manakala tangki bahan api 11.7 liter boleh diakses menerusi bahagian bawah pelana.

Harga jualan untuk sebuah Harley-Davidson Nightster 2022 bermula dari RM93,900.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bermula 15 April, pelanggan boleh menyaksikan barisan motosikal Harley-Davidson® 2023 merentasi…
Model Terbaharu
Dari segi kuasa, ia dilengkapi dengan nadi V-Twin Milwaukee-Eight 117 bersesaran 1,923 cc yang…
Pelancaran Motosikal
Dimulakan dengan model Street BobTM, ia dikuasakan oleh enjin serba baharu Milwaukee-EightTM 1,868…