Harley-Davidson Pan America 1250 - dua varian, harga dari RM99,900

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada jentera Sportster S, Didi Resources turut melancarkan sebuah lagi model yang dinantikan ramai peminatnya - Harley-Davidson Pan America 1250.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti yang didedahkan sebelum ini, harga jualan Pan America 1250 bermula dari RM99,900 untuk versi Standard, dan versi Special yang lebih lengkap pula bermula dari RM115,900.
 

Harley


Menggunakan nadi kuasa Revolution Max 1250 yang sama seperti Roadster S, enjin ini mampu menjana 150 kuasa kuda pada putaran enjin 9,000 rpm dan 127 Nm @ 6,750 rpm, serta dibantu teknologi percikan berkembar, VVT dan penggunaan omboh tempa.

Membezakan antara kedua-dua versi Standard dan Special adalah kehadiran ciri tetapan suspensi semi-active terdiri daripada fork Showa BFF di depan, Showa BFRC di belakang, serta fungsi Adaptive Ride Height pada model Special.
 

Harley


Fungsi Adaptive Ride Height ini membolehkan penunggang untuk merendahkan ketinggian pelana jentera adventure ini daripada 890 mm kepada 855 mm sebelum meninggikannya semula ketika memulakan pergerakan.

Selain daripada itu, beberapa ciri moden turut dilengkapkan seperti skrin paparan TFT 6.8 inci, penawaran lampu LED penuh depan dan belakang, serta ciri keselamatan yang merangkumi kawalan cengkaman, kawalan jelajah, serta bantuan mula mendaki.
 

Harley


Sistem brek pula terdiri daripada angkup Brembo empat omboh di depan, diikuti angkup omboh tunggal di belakang.

Rim 19 inci di hadapan dibalut oleh tayar Michelin Scorcher Rubber bersaiz 120/70, manakala rim 17 inci di belakang menggunakan tayar 170/60.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Didi Resources juga akan menyediakan perkhidmatan selepas jualan melalui rangkaian pengedar…
Pelancaran
Tiger 900 GT Aragon Edition diperkenalkan bersama satu lagi model istimewa, iaitu Tiger 900 Rally…
Model Terbaharu
Tiger Sport 660 direka untuk membawa kelebihan triple-powered Triumph dalam kategori motosikal…