Harley-Davidson Pan America 1250 - tempahan dibuka, harga dari RM99,900

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi satu hantaran yang dibuat dalam laman Facebook awal bulan ini, pihak Harley-Davidson Malaysia telah pun mengumumkan harga rasmi bagi model motosikal adventure Pan America 1250 yang bakal tiba menjelang suku kedua tahun ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Difahamkan, tempahan untuk model adventure Milwaukee ini sudah pun dibuka oleh Harley-Davidson Malaysia.

Ia membawakan nadi kuasa Revolution Max 1250 yang mampu menjana 150 kuasa kuda pada putaran enjin 9,000 rpm dan 127 Nm @ 6,750 rpm, serta dibantu teknologi percikan berkembar, VVT dan penggunaan omboh tempa.

 


Membezakan antara kedua-dua versi Standard dan Special adalah kehadiran ciri tetapan suspensi trick semi-active serta fungsi Adaptive Ride Height pada model Special.

Fungsi Adaptive Ride Height ini membolehkan penunggang untuk merendahkan ketinggian pelana jentera adventure ini daripada 890 mm kepada 855 mm sebelum meninggikannya semula ketika memulakan pergerakan.

Selain daripada itu, beberapa ciri moden turut dilengkapkan seperti skrin paparan TFT 6.8 inci, penawaran lampu LED penuh depan dan belakang, serta ciri keselamatan yang merangkumi kawalan cengkaman, kawalan jelajah, serta bantuan mula mendaki.

 


Ditawarkan dalam dua versi, harga jualan Pan America 1250 adalah seperti berikut:

Pan America 1250 Special

  • Vivid Black - RM115,900
  • Color - RM116,900
  • Two-Tone - RM118,900

Pan America 1250 Standard

  • Vivid Black - RM99,900
  • Color - RM101,900

 


Butiran lanjut hanya akan diketahui menjelang pelancaran rasmi tidak lama lagi.