Hasil jualan nombor siri pendaftaran kenderaan - JPJ kutip RM204 juta

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengutip hasil RM204 juta menerusi Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) sepanjang tahun lalu.


Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim berkata, kutipan hasil itu membabitkan 117 siri nombor pendaftaran negeri di 15 buah stesen JPJ di seluruh negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Beliau berkata, kutipan itu juga meningkat 15.3 peratus atau RM27 juta berbanding RM177 juta direkodkan pada 2020.

 

“Bagi setiap siri nombor pendaftaran itu, kami berjaya mengutip hasil sebanyak RM1.7 juta.

 

“Tahun 2020, kami berjaya kutip RM177 juta dengan 13 siri nombor pendaftaran dilancarkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu dan Perhimpunan Setia JPJ 2022 semalam.

 

Dalam pada itu, Zailani berkata, pihaknya mengeluarkan 1,039,612 notis saman sepanjang tahun lalu berbanding 980,839 notis saman tahun sebelumnya.

 

“Daripada pengeluaran notis saman itu, 507,956 selesai dibayar dengan jumlah kutipan hasil sebanyak RM71.2 juta,” katanya.

 

Selain itu katanya, JPJ juga berjaya memperoleh kutipan kira-kira RM7.14 juta bayaran saman menerusi program pengurangan saman 80 peratus sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia berakhir 31 Disember tahun lalu.

 

Sementara itu, Zailani berkata, pihaknya turut mengeluarkan 3,215 notis saman kepada penunggang motosikal khidmat penghantaran (p-hailing) sepanjang Op Merah tahun lalu.

 

Katanya, notis saman itu dikeluarkan kepada 2,424 pemilik motosikal membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas termasuk melanggar lampu isyarat, tiada perlindungan insurans dan nombor pendaftaran ‘fancy’.

 

“Op Merah yang dilaksanakan bermula 8 Oktober hingga 7 November tahun lalu bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dan pemanduan berhemah dalam kalangan penunggang p-hailing,” katanya.

 

 

Utusan Malaysia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, tindakan tiga lelaki berusia antara 52 hingga 54 tahun itu terbongkar melalui…
Berita Domestik
Menurutnya, rata-rata mereka tinggal di sekitar Balok dalam tempoh empat bulan hingga 18 tahun dan…
Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…